alt text

Melayu Sepakat Islam Berdaulat

Sejauh mana ianya bertepatan dengan syariat?

Selanjutnya...
alt text

Seminar Pemantapan Ilmu Fekah

Seminar yang berlangsung di pejabat ISMA Kota Bharu itu telah disampaikan oleh al-Fadhil al-Ustaz Faisal Abdullah

Selanjutnya...
alt text

Dakwah bukan untuk mendapat habuan dunia

Seorang pendakwah itu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut perintah Allah Taala. Tugas dakwah ini lebih mulia

Selanjutnya...
alt text

Tazkirah untuk generasi baru

Alhamdulillah, ramai anak buah kita telah mula berada di awal alam pekerjaan. Ada yang sudah mendapat kerja, ada yang belum . Dapat kerja dapat gaji. Apa seterusnya...

Selanjutnya...
alt text

Israel gementar!

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel”...

Selanjutnya...
alt text

Bangsaku di persimpangan getir

Akhir-akhir ini kita mendengar pelbagai slogan yang di utarakan oleh pertubuhan-pertubuhan yang mewakili kaum Melayu di Malaysia samada parti politik atau...

Selanjutnya...
alt text

Sebalik Tabir “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”

Video ini memaparkan kisah di sebalik tabir bagaimana wujudnya slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” dalam agenda perjuangan...

Selanjutnya...
alt text

Kenapa perlu thabat di jalan dakwah?

Keberadaan kita di atas jalan dakwah ini merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dari Allah untuk hambaNya yang kerdil ini

Selanjutnya...

Kebaikan Syurga

  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan

  • KOTA BHARU 19 FEB: Menjadi tanggungjawab umat Islam untuk tidak memisahkan diri daripada perkumpulan orang beriman. Demikian tegas ustaz Abdul Karim Bin Mohamed di dalam perjumpaan rasmi bersama beberapa ahli biasa dan ahli teras ISMA Kelantan hari ini.


    Beliau turut mengingatkan kepada semua hadirin akan hadith riwayat Abi Zar R.A daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah Taala tidak akan mengumpulkan umatku kecuali di atas petunjuk kebenaran”.


    Ekoran daripada perkara tersebut, ustaz Abdul Karim mengajak semua yang hadir agar menghisab dan menilai diri di dalam keterikatan hati dengan perkumpulan mukminin sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar, bahawa Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhuma pernah berucap ditempat bernama al-Jaabiyah, katanya; Rasulullah S.A.W ketika dahulu pernah berdiri bersama kami di Jaabiyah, maka baginda S.A.W bersabda; Sesiapa yang mengkehendaki dari kalangan kamu kebaikan syurga atau berada di tengah-tengah syurga hendaklah dia melazimi jamaah, sesungguhnya syaitan itu bersama dengan seorang, ketikamana seseorang itu berdua syaitan akan menjauhinya. Hadith riwayat At-Tarmizi, Hasan Sohih.


    Perumpamaan hadith di atas adalah sebagaimana yang terdapat di dalam dokumentari yang memperlihatkan sekumpulan seladang yang dikejar oleh seekor harimau bintang, ketikamana seekor seladang tersebut terpisah sedikit dari kumpulannya maka harimau bintang tersebut terus menerkam mangsanya tanpa belas kasihan katanya.


    Disediakan oleh:

    Abu Hafizoh

    Wartawan Media ISMA

    Read More...

    Hidupkan Sunnah Rasul

  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan

  • PASIR PUTEH, 18 Jan- Sunnah rasul perlu dihayati dan dihidupkan semula dikalangan masyarakat Islam khususnya di Malaysia, ujar Ustazah Wan Azilah Wan Abdullah.

    Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) cawangan Kota Bharu itu berkata demikian ketika ditemubual wartawan semasa majlis sambutan maulidur Rasul anjuran Syukbah ISMA Pasir Puteh semalam.

    Juteru itu, ISMA mengambil inisiatif dengan mempromosikan program-program yang memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menghidupkan sunnah Rasul, ujar beliau lagi. Secara tidak langsung, wajah ISMA akan lebih dikenali sebagai penghidup sunnah rasul.

    Beliau berharap dengan program-program yang dianjurkan ISMA dapat mendekatkan masyarakat dengan sirah Rasulullah supaya masyarakat boleh merealisasikan dalam kehidupan mereka.

    Disediakan oleh:

    Nor Shahida Abd Gani
    Wartawan Media ISMA
    Read More...

    Harus Menyambut Maulidur Rasul

  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan

  • KOTA BHARU: Lebih kurang tujuh ratus orang hadir di dalam majlis sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah anjuran Masjid Kg Sireh dengan kerjasama ISMA Kelantan. Sebanyak satu ekor setengah lembu telah dimasak secara bergotong royong dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang untuk jamuan kepada ahli jemaah yang hadir.

    Ustaz Abdul Karim Mohamed selaku penceramah jemputan pada malam itu berkata, sambutan Maulidur Rasul ini sebenarnya berlaku pada zaman Fatimiyyah di pelopori oleh puak Syiah yang merekacipta bait-bait syair, qosidah dan sebagainya. Sebab itulah kebanyakkan ulama di Saudi mengatakan ianya adalah bid'ah kerana tidak dilakukan oleh para sahabat, tabi'ien dan juga tabi'tabi'ien. Namun begitu jelas Ustaz Karim bahawa di dalam fatwa As Sayuthi dan disokong oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qordhowi bahawa harus menyambut Maulidur Rasul dengan syarat tidak keterlaluan memuja nabi seperti mana orang-orang Yahudi dan Nasrani memuja nabi mereka.

    Sebagai rujukan semua jemaah yang hadir diminta merujuk kembali kitab AlBidaayah Wan Nihaayah, Ar Rahiiqul Makhtuum dan kitab-kitab lain dalam membuat kajian berkaitan sirah Rasul S.A.W saran Ustaz Karim. Menurut Cikgu Muhamad Awang 57 dari Jerteh, amat bersetuju dengan saranan penceramah agar setiap umat Islam di dalam mencontohi nabi ketika berhubungan sesama mereka mengetepikan segala bentuk kepuakan, kepartian dan meletakkan tuntutan syahadatain mengatasi segalanya. Manakala Ustaz Karim juga turut mencadangkan agar seruan mengajak manusia ke masjid dilakukan seperti kempem pilihanraya.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA
    Read More...

    Ummah Kini Terancam

  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • KOTA BHARU: ISMA sebagai sebuah badan bukan kerajan (NGO) mesti prihatin terhadap ummah tanpa cenderung kepada mana-mana pihak dalam menerangkan isu-isu yg mengancam ummah berkait rapat dengan kristianisasi, syiah, pluralisma, liberalisma, krisis remaja dan identiti juga lain-lain tegas Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni 41, Naib Presiden 2 ISMA pusat.

    Turut hadir didalam pertemuan dengan penggerak-penggerak ISMA kawasan ialah timbalan Yang di Pertua ISMA Kelantan, Ustaz Nik Ab Rahim Nik Aziz.

    Pertemuan itu berlangsung selama 3 jam di pejabat ISMA Pasir Hor. Ustaz Fauzi berkata, tujuan utama kehadirannya ke Kelantan adalah untuk melihat hasil penurunan takwim tahunan ISMA sebelum ini, sejauh mana perjalanannya dan juga beberapa perkara berbangkit.

    Disediakan oleh;
    Abu Hafizoh,
    Wartawan Media ISMA
    Read More...

    Dialog Masa Depan Agenda Islam

  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan menganjurkan satu program yang dinamakan Dialog Masa Depan Agenda Islam dalam Menghadapi Cabaran Semasa di Malaysia & Antarabangsa. Butiran adalah seperti berikut. Daftar segera, tempat adalah terhad!



    Read More...

    Menyendiri bukanlah satu pilihan

  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan


  • KOTA BHARU, 3 Febuari -Perumpamaan menyendiri daripada perkumpulan orang-orang beriman adalah seumpama melepaskan batang leher dari Islam, demikian tegas Timbalan Yang di-Pertua ISMA Kelantan Ustaz Nik Ab. Rahim bin Nik Aziz. Beliau berkata sedemikian sempena perjumpaan bulanan dengan ahli-ahli ISMA Kelantan di pejabat ISMA Kota Bharu kelmarin.

    Beliau turut menekankan kepentingan menjaga diri agar tidak mudah terpesong dengan fahaman yang salah di dalam menyebarkan dakwah seperti biarlah orang lain melaksanakan tugas tersebut dan menanggung bebanan tanggung jawab tersebut, saya akan bersendirian di dalam mendekatkan diri kepada Allah.


    Nasihat panjang lebar yang diutarakan Ustaz Nik Rahim itu menambah lagi semangat keimanan kepada semua yang hadir.


    Disediakan oleh:

    Abu Hafizoh

    Wartawan Media ISMA

    Read More...

    Kunjungan takziah ISMA Kelantan untuk Ustaz Halim

  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • SEREMBAN,3 Febuari - Bersabarlah wahai ahli Syurga (InsyaAllah), demikianlah yang mampu diungkapkan buat Ustaz Abdul Halim Abdullah 47, Pengerusi Biro Dakwah ISMA Pusat itu. Alhamdulillah beliau sudah sedarkan diri sejak dua hari yang lalu.

    Menurut Muhammad Hasan 21, anak ketiga Ustaz Abdul Halim, kemalangan yang berlaku kepada bapanya pada jam 630 petang 31 Januari lalu adalah berpunca daripada pertembungan secara berhadapan di simpang 4 Ampangan, Seremban. Katanya lagi, bapanya ketika itu dalam perjalanan pulang dari Tabung Haji cawangan Ampangan ke rumah untuk bersiap sedia solat Magrib dan menyampaikan Hadithus Tsulasa' (Pengajian Selasa) di Masjid Paroi Jaya. Ekoran daripada kemalangan itu, Ustaz Abdul Halim yang juga merupakan ahli Majlis Syura ISMA kini ditempatkan di Pusat Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

    Kebocoran paru-paru yang menyebabkan darah masuk kembali ke dalam paru-paru pada peringkat permulaan, pendarahan ringan di hati, tulang bahu kiri patah, tulang rusuk kanan yang ke-7 juga patah dan tulang belakang C6 retak kecil tidak menghalang Ustaz Halim membuka mata sedikit dan bersalaman dengan rombongan ISMA Kelantan.

    Kunjungan takziah yang diketui oleh AJK ISMA Kelantan, Ustaz Nur Faizul Nuzam itu turut membacakan doa dan diaminkan oleh Ustaz Halim. Dalam pada itu Hasan turut berkongsi perkhabaran dengan panggilan telefon yang diterima dari mantan Mursyidul'aam Ikhwanul Muslimin Ustaz Mahdi 'Akief yang bertanya khabar tentang bapanya, menyampaikan salam dan mendoakan kesembuhan sesegera mungkin buat Ustaz Halim.

    Salah seorang pengawal keselamatan berbangsa India berkata, setiap hari lebih 200 orang datang menziarahi Ustaz Halim. Semoga Ustaz Halim disembuhkan Allah dan dapat terus menjalankan amal islami di bumi Malaysia tercinta.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    Read More...

    Pendakwah Perlu Hidup Luar Biasa

  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa ISMA Kelantan, Ustaz Abdul Karim bin Mohamed menyarankan agar seseorang pendakwah perlu hidup luar biasa dan bersistematik daripada orang lain supaya dakwah lebih perkasa semasa berucap di dalam mesyuarat agung Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Kelantan baru-baru ini.


    Menurut beliau, Pendakwah perlu ada kekuatan dan sentiasa bersedia untuk berkorban apa sahaja demi islam, walaupun kedapatan mereka yang bergelumang dengan dunia sentiasa kelihatan susah untuk berkorban dan mencipta alasan.


    Ustaz Abdul Karim juga turut menekankan tentang kepentingan dakwah yang tidak akan berkembang tanpa jemaah, katanya, orang yang hidup tanpa jemaah tidak akan mampu membawa dana yang banyak ke akhirat berbanding orang yang berada dalam di dalam jemaah. Walau bagaimanapun, jemaah yang diikuti mestilah mengikut maqasid syarak supaya dakwah tidak terpesong.


    Beliau turut mengaitkan tentang sifat Allah A.W.T yang akan memuliakan sesiapa sahaja yang menyebarkan dakwah ikhlas keranaNya. Seperti mana Nabi Muhammad S.A.W seorang yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana baginda telah menyebarkan dakwah Islam kepada umatnya.


    Di akhir ucapannya beliau berpesan supaya PEMBINA Kelantan dapat bersama-sama bekerjasama dalam menjayakan aktiviti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan merebut peluang mencari pahala semaksimum yang mungkin kerana dakwah tidak memerlukan kita tetapi kita yang perlukan dakwah.


    Disediakan Oleh;

    Norhaizan Razali

    Wartawan Media ISMA

    Read More...

    BLOG TOKOH

    Terkini ISMAWeb

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net