.
Showing posts with label Nazim. Show all posts
Showing posts with label Nazim. Show all posts

Kem Al-Fateh NAZIM Kelantan 2011: Meriah dan bermakna!

Pantai Cahaya Bulan, 16-17 Sept: "Anak-anak itu bagaikan kain putih, terserahlah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya." Baru-baru ini, pihak Ahli Jawatan Kuasa Nadi Al-Azim (NAZIM) Cawangan Kelantan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program mukhayyam anak-anak NAZIM iaitu Kem Al-Fateh.

Program ini telah berjaya menarik seramai 42 orang peserta, 25 lelaki dan 17 perempuan. Selain bertujuan mempererat hubungan silaturrahim antara anak-anak NAZIM, kem dua hari satu malam ini juga menekankan unsur-unsur tarbiyyah dan nilai jatidiri dalam kalangan para peserta.

Sepanjang program berlangsung, kumpulan si cilik ini telah diuji dengan aktiviti berbentuk 'outdoor' seperti 'Night Walk', 'Ukhuwwah Games' dan 'Water Games'. Mereka secara tidak langsung telah diserapkan dengan elemen kepimpinan, kerjasama dan tolak ansur antara satu sama lain.

Di samping itu, pengisian rohani juga telah disusun oleh pihak penganjur seperti ceramah tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, qiamullail dan solat jemaah.

Semoga NAZIM Kelantan akan terus maju dengan penganjuran program sebegini agar lebih dikenali anggota masyarakat.


Untuk melihat lebih banyak gambar, layari;

NAZIM Kelantan mengucapkan
Selamat Menunaikan Haji
Allaahummaj 'alnaa min
hujjaja fi baitikal haram.


Media ISMA Kelantan













Read More...

Tahniah. NAZIM Kelantan hebat!


Putrajaya, 4 Jun 2011; Mahrajan NAZIM Kebangsaan 2011 yang telah berlangsung dengan gemilangnya di Masjid Tuanku Sultan Mizan telah berjaya mempamerkan kehebatan bakat anak-anak NAZIM Kelantan. Majlis ini yang dirasmikan oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik adalah merupakan kemuncak bagi kejohanan pertandingan mahrajan NAZIM yang diadakan bermula di peringkat negeri, zon dan terakhir di peringkat kebangsaan.

NAZIM Kelantan telah mewakili Zon Timur untuk menyertai acara nasyid, dikir barat dan bercerita bagi kategori lelaki. Manakala bagi acara pidato dan hafazan pula telah diwakili oleh peserta perempuan, juga dari NAZIM Kelantan untuk mewakili zon timur.

Semua peserta yang bertanding telah mewakili zon masing-masing merangkumi Zon Timur, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Utara, dan Zon Perak. Acara yang dipertandingkan adalah nasyid, dikir barat, hafazan, pidato, dan bercerita. Dan setiap acara tersebut dibahagi pula kepada dua; kategori lelaki dan perempuan.

Berbanding pada tahun lepas, ternyata mahrajan kali ini menyaksikan persaingan yang agak sengit antara peserta. Namun, Alhamdulillah,setelah keputusan diumumkan, NAZIM Kelantan telah berjaya menyandang johan bagi acara nasyid dan acara bercerita kategori lelaki, serta naib johan bagi acara dikir barat. Manakala bagi acara hafazan dan pidato, hanya sekadar meraih saguhati.

Namun, secara keseluruhannya, ia sebenarnya adalah keputusan yang membanggakan kerana ini adalah kali yang pertama NAZIM Kelantan berjaya mewakili Zon Timur ke Mahrajan NAZIM peringkat kebangsaan.

Semoga ia merangsang anak-anak NAZIM untuk terus berbakat pada masa akan datang! Insya-Allah.




Media ISMA Kelantan.
Read More...

Karnival Seni NAZIM Zon Timur 2011 sengit


PASIR PUTEH, 28 Mei; Bertemakan “Anak-Anak Beriman Pemangkin Kesejahteraan Ummah”, program Karnival Seni NAZIM Zon Timur 2011 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di dewan besar Kompleks Sekolah SMK Kamil, Pasir Puteh. Program ini yang bernaung di bawah Biro Wanita ISMA merupakan sebuah program tahunan NAZIM di peringkat nasional.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan alunan suci ayat Quran oleh adik Mannan Mohd Sidek dan ucapan perasmian oleh Ustaz Sharipudin Abdul Kadir, YDP ISMA Kelantan merangkap YDP Majlis Syura Isma Malaysia.


Di dalam kesempatan itu, beliau menekankan kepada para ibu bapa akan betapa pentingnya peranan tarbiyah dalam mendidik anak-anak untuk mencapai visi ‘Membina Generasi Harapan’. Di akhir kalam, dengan lafaz Bismillah beliau merasmikan program.



Negeri-negeri di pantai timur yang merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menghantar wakil masing-masing bagi menyertai acara yang dipertandingkan iaitu hafazan, bercerita, pidato, dikir barat dan nasyid. Keletah para peserta sesekali menggeletek hati para juri dan penonton.


Hasil pertandingan, johan bagi hafazan Tahap 1 telah disandang oleh adik Zaid Muhammad Zolkifli mewakili Terengganu,dan johan bagi hafazan Tahap 2 pula telah disandang oleh adik Anis Aqila Abdul rahman mewakili negeri Kelantan. Adik Fathurrahman Abdul Karim telah dinobatkan sebagai johan bagi acara bercerita manakala adik Nur Damnia Farida Kassim pula menjadi johan bagi acara pidato. Mereka juga mewakili Kelantan. NAZIM Kelantan juga turut menjadi johan bagi acara dikir barat dan nasyid.



Tahniah diucapkan kepada semua johan pertandingan yang bakal mewakili Zon Timur ke Mahrojan NAZIM di peringkat kebangsaan nanti. Bagi ustazah Rafiah, selaku pengerusi NAZIM Kelantan beliau mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah di atas kejayaan NAZIM Kelantan ini dan berharap semoga kemenangan ini akan menjadi pemangkin jiwa anak yang soleh. Wallahua’lam.



Media ISMA Kelantan

Read More...

ALBUM : Mahrojan NAZIM Peringkat Negeri Kelantan

Tarikh: 15 April 2011
Hari: Sabtu
Masa: 9.30-12.00 tengahari




































Media ISMA Kelantan

Read More...
 
Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net