.

Tahniah. NAZIM Kelantan hebat!

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Putrajaya, 4 Jun 2011; Mahrajan NAZIM Kebangsaan 2011 yang telah berlangsung dengan gemilangnya di Masjid Tuanku Sultan Mizan telah berjaya mempamerkan kehebatan bakat anak-anak NAZIM Kelantan. Majlis ini yang dirasmikan oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik adalah merupakan kemuncak bagi kejohanan pertandingan mahrajan NAZIM yang diadakan bermula di peringkat negeri, zon dan terakhir di peringkat kebangsaan.

    NAZIM Kelantan telah mewakili Zon Timur untuk menyertai acara nasyid, dikir barat dan bercerita bagi kategori lelaki. Manakala bagi acara pidato dan hafazan pula telah diwakili oleh peserta perempuan, juga dari NAZIM Kelantan untuk mewakili zon timur.

    Semua peserta yang bertanding telah mewakili zon masing-masing merangkumi Zon Timur, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Utara, dan Zon Perak. Acara yang dipertandingkan adalah nasyid, dikir barat, hafazan, pidato, dan bercerita. Dan setiap acara tersebut dibahagi pula kepada dua; kategori lelaki dan perempuan.

    Berbanding pada tahun lepas, ternyata mahrajan kali ini menyaksikan persaingan yang agak sengit antara peserta. Namun, Alhamdulillah,setelah keputusan diumumkan, NAZIM Kelantan telah berjaya menyandang johan bagi acara nasyid dan acara bercerita kategori lelaki, serta naib johan bagi acara dikir barat. Manakala bagi acara hafazan dan pidato, hanya sekadar meraih saguhati.

    Namun, secara keseluruhannya, ia sebenarnya adalah keputusan yang membanggakan kerana ini adalah kali yang pertama NAZIM Kelantan berjaya mewakili Zon Timur ke Mahrajan NAZIM peringkat kebangsaan.

    Semoga ia merangsang anak-anak NAZIM untuk terus berbakat pada masa akan datang! Insya-Allah.




    Media ISMA Kelantan.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net