Kelebihan Dakwah ISMA
Kesan liberalisasi ke atas gerakan dan fikrah Islam di Malaysia

Pemikiran liberal adalah ideologi Barat yang meresap ke dalam kehidupan manusia secara halus tanpa disedari tetapi terancang . Pada awalnya menjurus kepada globalisasi ekonomi sejagat dengan agenda utamanya perdagangan bebas. Dicanang sebaik mungkin kepentingan globalisasi ekonomi dunia demi perdagangan yang adil dan menguntungkan.
Ust Sharipudin Ab Kadir
YDP ISMA Kelantan
Pengerusi Majlis Syuro ISMA
Tazkirah untuk generasi baru
Alhamdulillah, ramai anak buah kita telah mula berada di awal alam pekerjaan. Ada yang sudah mendapat kerja, ada yang belum . Dapat kerja dapat gaji. Apa seterusnya. Aku perlu kenderaan, perlu rumah. Kenderaan yang macamana, second hand, baru. Apa pula jenama. Inilah antara perkiraan dikalangan mereka.Biasanya nak kenderaan yang baik-baik. Baru dan berjenama. Tengok tu ramai mas`ul atau mas`ulah pakai kereta baru. Ada rumah baru. Nak ikut macam mereka.
Sebelum bertindak cuba teliti beberapa kisah benar berikut sebagai tazkirah tanpa menyebut nama sebenar mereka. Maklumat umum, biasanya mas`ul atau mas`ulah telah bekerja antara 15 hingga 25 tahun. Dah berapa buah motor kapcai yang mereka naik sebelum sampai ketahap sekarang tetapi masih thabat dalam dakwah dan Alhamdulillah Allah curahkan rezeki yang murah kerana pengorbanan mereka kepada dakwah. Sudah berapa buah kereta buruk yang mereka pandu. Kereta bocor sana-sini. Wiper tercabut semasa hujan ketika bersama keluarga.Aircond tak ada langsung. Ada kereta milik ikhwah tak ada ignition ( dah rosak), kalau nak start kena sambung wayar dulu. Kemudian letak starring betul-betul kerana selalu tercabut. Lepas tu baru boleh jalan. Ada kereta ikhwah kena bawa bekas untuk tadah hujan nanti basah penumpang.Ada yang diperjalanan tercabut wiper semasa hujan lebat. Dan banyak cerita lagi, cukup setakat ini dibuat sebagai contoh. Mesej utama tajuk ini ialah supaya adik-adik kita janganlah menjadikan isu ini menyebabkan mereka tertinggal dalam dakwah. Mereka dapat gaji dihabiskan untuk tunaikan tuntutan hidup yang melebihi pendapatan mereka. Payah nak pergi dakwah nak berjimat kerana nak bayar ansuran kereta. Susah nak infak. Semuanya kerana nak jimatkan belanja.
Untuk itu marilah sama-sama kita berhati-hati supaya dakwah kita terus berjalan dengan baik dan kita bersama dengan dakwah. Boleh memiliki kenderaan atau rumah tetapi biarlah bersederhana. Insya Allah rezeki untuk antum akan bertambah jika antum bersama dengan dakwah dan berkorban untuk dakwah.Ingat ini janji Allah, sesungguhnya Allah tidak mungkir janji.
YDP ISMA Kelantan
merangkap
YDP Majlis Syura Isma Malaysia
Obama bunuh Osama
Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.
Jangan pula kita menuduh saudara seagama dengan kita sebagaimana dakwaan orang kafir terhadap saudara kita.Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, kita serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan keganasan, sudah tentu kita tidak menyokong keganasan tersebut bahkan dia perlu diadili dan dihukum dengan hukum syarak.
Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Baghdad telah dihempap dengan bertan-tan bahan letupan dalam tempoh beberapa jam pada permulaan serangan. Bagaimana dengan Libya, buru Gadafi rakyat yang merana. Kenapa baru sekarang nak jatuhkan Gadafi setelah rakyat mula memberontak. Kezaliman Gadafi sudah hampir separuh abad tidak dihiraukan.
Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Yahudi yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat mendokong Yahudi. Berapa banyak Amerika menggunakan kuasa veto menghalang resolusi PBB hanya baru deraf untuk mengutuk Yahudi bukannya untuk menyerang.
Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Yahudi lebih patut disebut sebagai ganas . Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai pengganas. Amerika mendakwa dunia akan kembali aman, adil dan sebagainya lagi dengan kematian Osama. Adakah keganasan yang berlaku di dunia selama ini adalah angkara Osama dan kumpulan al Qaeda. Keganasan Amerika dan Yahudi sudah tidak terkira banyaknya, hanyalah Allah sahaja yang tahu.
Sekian, wassalam.
YDP ISMA Kelantan
merangkap YDP Majlis Syura Isma Malaysia
Bangsaku Dipersimpangan Getir.....
Perlu ditegaskan bangsa lain yang beragama Islam merupakan saudara kita seagama. Persaudaraan kita seagama tanpa mengira bangsa, geografi, keturunan dan warna kulit. Perbagai kaedah atau cara penyelesaian yang diutarakan untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu.
Apa yang penting ialah adakah ianya relevan dengan hakikat atau realiti yang ada lebih-lebih lagi adakah ianya bertepatan dengan fikrah Islam memandangkan bangsa Melayu merupakan tonggak Islam di Malaysia. Atau ianya satu slogan ramalan nujum pak belalang yang hanya bernujum barang dalam genggaman tangan lalu dinyatakan jawapan tanpa melihat dan mengkaji sedalam-dalamnya penyelesaian yang hakiki . Kalau betul ramalan Pak Belalang maka selamat sebuah negara. Bagaimana pula kalau berlaku sebaliknya maka tergadailah sebuah negara.
Saya bukan bermaksud untuk menolak kepentingan kedudukan Sultan-Sultan Melayu dan perlembagaan Persekutuan tetapi persoalannya adakah ini satu-satunya cara yang terbaik untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari terpinggir, menunggu dibenteng terakhir tanpa ada perjuangan dan agenda yang jelas dari anak bangsanya sendiri untuk mempertahankan maruah mereka. Kalau tewas dibenteng terakhir bermakna tergadailah maruah negara, bangsa dan agama.
Mengikut komposisi ahli Parlimen yang ada bukan perkara yang mudah untuk kumpulan ini mengetuai Putrajaya. Lebih-lebih lagi ada kumpulan bukan Islam mempunyai agenda mereka tersendiri di negara ini dengan dinasihati oleh anasir luar walaupun mereka berada dalam pakatan pembangkang.
Lihat saja kepada senario politik di Sarawak walaupun ada kumpulan pembangkang menawarkan jawatan tertinggi negeri kepada penganut Kristian tetapi mereka tetap menolak kerana merasakan agama mereka lebih selamat bersama kerajaan yang ada. Tapi perlu diingat sokongan kepada parti pembangkang yang memperjuangkan survival bangsa mereka tetap kuat.
Mereka akan memperolehi keuntungan dari kedua-dua keadaan. Bersama kerajaan untuk tingkatkan kuasa permintaan dan bersama pembangkang untuk kuatkan kuasa pendesak. Sejarah Temasik membuktikan bangsa Melayu dan agama Islam dipinggirkan bahkan lebih dari itu. Mereka bercakap agenda kesemarataan di Tanah Melayu tetapi sebaliknya dilaksanakan di Temasik. Agenda yang sama diperkenalkan di Malaysia oleh jaguh-jaguh anak didik mereka. Didoktrinkan di Temasik Malaysian Malaysia dan Malaysia Tengah tetapi ianya merupakan misi dan visi mereka di Tanah Melayu khasnya dan Malaysia amnya.
Jangan biarkan bangsa ini terpinga-pinga di persimpangan yang tidak jelas hala tuju hayat mereka. Mereka pernah unggul dengan identiti bangsa dan agama mereka. Kita bersepakat dalam perkara yang kita boleh bersama demi keunggulan bangsa dan agama. Teruskan kaedah atau cara perjuangan mengikut cara masing-masing selagi mana ianya tidak bercanggah syarak. Jauhkan sifat hasad dengki, fitnah memfitnah sesama Islam demi kepentingan bersama.
Adakah salah menyuruh orang Melayu sembahyang dan berakhlak mulia?
Saban hari kita mendengar pelbagai perumpamaan atau peribahasa yang menggambarkan keburukan bangsa Melayu. Antaranya janji Melayu,waktu Melayu, budak Melayu, niaga Melayu dan berbagai perumpamaan lagi. Ianya seolah-olah menggambarkan bangsa Melayu buruk dalam semua sifat dan perilaku walaupun ianya tidak melibatkan semua bangsa Melayu tetapi ianya menjadi perumpamaan yang popular dan dipertuturkan oleh kebanyakan orang.
Amat malang ianya menjadi perbualan dikalangan orang Melayu sendiri, seolah-olah orang Melayu memburukkan bangsanya sendiri.Adakah bangsa Melayu jijik dan tidak bertamaddun dari dulu hingga sekarang.Apakah kesudahan dengan bangsa Melayu. Walaupun gambaran sebenar tidaklah seburuk sebagaimana yang diperkatakan. Akhirnya apakah kesudahannya.Menyerah dengan suasana yang ada tanpa ada sebarang pembelaan dan pemulihan. Fakta sejarah silam membuktikan bangsa Melayu pernah cemerlang, gemilang dan terbilang.Bangsa Melayu memerintah Kepulauan Nusantara. Kesultanan Islam Melayu Melaka pernah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang. Kerajaan Islam Melayu Melaka pernah mengendalikan 2000 buah kapal dagang sehari di pelabuhannya sebagaimana kerajaan Singapura sekarang ini. Bangsa Melayu dulu pernah menguasai 84 bahasa di zaman kegemilangan Kesultanan Islam Melayu Melaka.Banyak lagi...dan banyak lagi.
Persoalan penting ingin diutarakan kali ini ialah, adakah salah untuk mana-mana individu atau NGO yang ingin membina semula bangsa Melayu kembali kepada kegemilangan berpandukan Islam sedangkan kegemilangan dulu adalah kerana ajaran agamanya. Mereka mendakwa NGO ini telah menghidupkan semula asobiah jahiliah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Adakah dikira sebagai asobiah jahiliyah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. apabila kita ingin bangunkan bangsa Melayu dengan menghayati akhlak Islam.Kita tidak menyekat bangsa lain untuk menganut dan menghayati Islam bahkan menyeru mereka kepada Islam. Mereka juga adalah saudara kita dalam Islam kerana persaudaraan kita tanpa mengira bangsa, warna dan kulit.
Adakah dikira asobiah jahiliah jika kita menyeru bangsa Melayu kembali menunaikan tuntutan agama, amanah dalam berniaga, menepati janji dan berakhlak mulia.Atau dalam bahasa orang kampung adakah salah kita mengajak orang Melayu tunaikan sembahyang.
YDP ISMA KELANTAN
merangkap
YDP MAJLIS SYURA ISMA MALAYSIA
Yahudi Mengikut Neraca Al Quran


Gertakan Erdogen kecutkan hati Yahudi.
Mengikut wawancara eksklusif dengan sukarelawan Malaysia yang dibebaskan , apabila ditanya mengapa beberapa orang daripada sukarelawan tidak diapa-apakan antaranya Syeikh Raed Solah, jawapan yang diberi ialah kerana Erdogen telah beri amaran jika berlaku apa apa yang tidak diingini terhadap tokoh-tokoh tersebut maka peperangan akan bermula, begitu juga apabila disoal kenapa tawanan cepat dibebaskan maka jawapan yang diberi adalah sama iaitu gertakan dari Erdogen dengan nada yang sama iaitu peperangan akan bermula. Cuma persoalan yang timbul bagaimana dengan pimpinan Arab dan Islam yang lain. Kalau Erdogen seorang boleh menakutkan Yahudi bayangkan kalau beberapa orang pimpinan Arab bertindak sedemikian, nescaya Yahudi akan keluar dari bumi Palestine bertempiaran ketakutan tetapi malangnya pimpinan Arab dan Islam seolah-olah singa yang telah dibuang taring dan kuku.
YAHUDI MENGIKUT NERACA AL-QURAN
Keperibadian Yahudi disebut semasa marhalah Makki
1. Mendidik peribadi ummah supaya jangan menyeleweng.
2. Persediaan untuk menghadapi permusuhan Yahudi terhadap Islam pada masa depan.
3. Isu Yahudi sebahagian dari isu aqidah.
Keperibadian Yahudi Mengikut Quran
1. Mendusta ajaran Allah & Mengubah hakikat agama
فويل للذين يكتبون الكتاب بأيديهم ثم يقولون هذا من عند الله
البقرة : 79
2. Mengikut anggapan mereka mendekati Allah dengan cara melakukan dosa besar & keruntuhan akhlak
- Makan harta yang haram
يا أيها الذين آمنوا إن كثيرا من الأحبار والرهبان ليأكلون أموال الناس بالباطل ويصدون عن سبيل الله ... الآية
– التوبة : 34
وتري كثيرا منهم يسارعون في الإثم والعدوان وأكلهم السحت ... الآية - المائدة : 62
- Pegangan mereka terhadap Anbia’
Anbia’ adalah kumpulan penjahat dan melakukan berbagai kesalahan alasan bagi Yahudi melakukan penyelewengan dan kesalahan
3. Menyelahi janji adalah tabiat mereka
الذين عاهدت منهم ثم ينقضوا عهد الله في كل مرة وهم لا يتقون
الأنفال : 56
أوكلما عاهدوا عهدا نبذه فريق منهم بل أكثرهم لا يؤمنون
البقرة : 100
4. Kekuatan sahaja memaksa mereka beriltizam dengan syariat dan janji
5. Sangat cinta kepada kehidupan dunia
ولتجدنهم أحرص الناس على حياة –
البقرة : 9
6. Penakut ( ketika bertembung )
وإن يقاتلوكم يولوكم الأدبار ثم لا ينصرون
آل عمران : 111
7. Hilang keyakinan terhadap diri sendiri
( Tidak ada jati diri )
ضربت عليهم الذلة أينما ثقفوا إلا بحبل من الله وحبل من الناس
البقرة : 61
8. Memusuhi manusia khususnya orang – orang beriman
لتجدن أشد الناس عداوة للذين آمنوا اليهود والذين أشركوا
- المائدة : 82
.
9 Bangsa lain menguasai Yahudi ketika bersangatan mereka melakukan kefasadan.
وإذ تأذن ربك ليبعثن عليهم إلى يوم القيامة من يسومهم سوء العذاب إن ربك لسريع العقاب وإنه لغفور رحيم
.
10Melakukan kerosakan di muka bumi ,membawa fitnah dan menyalakan api peperangan.
كلما أوقدوا نارا للحرب أطفأها الله ويسعون في الأرض فسادا والله لا يحب المفسدين
- المائدة : 64
.11Khilaf dan perpecahan dikalangan mereka
تحسبهم جميعا وقلوبهم شتى ذلك بأنهم قوم لا يعقلون
- الحشر : 14
اللهم عليك باليهود ومن ولاهم اللهم سلط عليهم كلبا من كلابك
وصل اللهم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
1789 – Presiden Benjamin Franklin
Keluarkan satu dokumen rasmi negara
- Ada sebuah bahaya besar yang sedang mengancam Amerika Syarikat, iaitu bahaya orang-orang Yahudi. Sesungguhnya mana-mana sahaja negeri yang didiami oleh orang Yahudi maka di sana mereka akan menjatuhkan kedudukan akhlak…….Mereka dapat memerintah dan menghancurkan bangsa kita serta merubah bentuk pemerintahan yang kita raih dengan darah,nyawa,harta,……….Sesunguhnya 100 tahun akan datang , nasib cucu kita menjadi pekerja ladang untuk beri makan kepada Yahudi………..Apabila bangsa Amerika tidak menjauhkan orang-orang Yahudi secara total, maka mereka pasti akan dilaknat oleh anak-anak dan cucu-cucu mereka di setiap kubur mereka
YDP ISMA KELANTAN
Yahudi Mengganas, Negara Arab lesu, di mana kita
Turki, antara beberapa negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim Yahudi itu telah bertindak membekukan hubungan ketenteraan.
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kelantan menggesa Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) terutama negara-negara Arab sekitar Aqsa segera bertindak memberi tekanan kepada rejim Zionis Israel susulan tindakan biadab menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, kelmarin. Halakan seluruh senjata kamu kepada Yahudi , nescaya mereka akan lari bertempiaran penuh kehinaan sebagaimana Rasulullah halau mereka dari Lembah Khaibar.
Yang Dipertuanya, Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir berkata, negara Islam perlu mencontohi keberanian Turki membantu umat Islam Palestin yang ditindas rejim berkenaan.
“Kami amat kesal dengan pendirian Mesir yang juga negara Islam walau, bersekongkol dengan Israel menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan ke Palestine walaupun saat ini akhir baru di buka sempadan Rafah untuk laluan bantuan . Media asing melaporkan, Israel menahan seramai 480 aktivis pro-Palestin yang menyertai konvoi berkenaan dan mengusir 48 aktivis lain.
( Bumi Sinai, 23 Ramadhan bersamaan 6 Okt 1973 Yahudi pernah dikalahkan oleh askar Mesir dalam sekelip mata sahaja dengan penuh kehinaan)
Dalam pada itu, Ustaz Sharipudin berkata, umat Islam di negara ini diminta mendoakan keselamatan semua anggota konvoi berkenaan.
“ISMA juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan tidak akan berdiam diri selagi Yahudi masih menindas serta menzalimi umat Islam di Palestin,” katanya.
Menurutnya, semua umat Islam khususnya di negara ini perlu sentiasa proaktif menentang kekejaman rejim Zionis Israel.
YDP ISMA KELANTAN

Dairi YDP - Islam Dagang Kali Kedua
Rasulullah SAW bersabda: “Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim
Islam dan da’wahnya bermula dalam keadaan dagang. Islam sewaktu mula didatangkan di Makkah Al Mukarramah, asing dan tidak dikenali oleh masyarakat. Oleh kerana Islam ghurbah dan unik maka Islam dibenci dan dimusuhi. Pembawa dan pendokong-pendokongnya dizalimi dan dihadapkan dengan berbagai-bagai mehnah dan tribulasi.
Akibatnya, ada yang kehilangan penglihatan, ada yang gugur syahid, yang terpaksa berhijrah ke Habsyah dan akhirnya pendokong-pendokong Islam berhijrah ke Madinah demi mencari keredhaan Allah SWT dan merealisasikan Islam di dalam wajahnya yang murni sebagai ad-Din. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Firman-Nya: “Bagi orang-orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan daripada harta benda mereka kerana mencari kurnia daripada Allah dan Rasul-Nya, mereka itulah orang-orang yang benar.” - Surah al-Hasyr: ayat 8
Faktor Dagang Pertama
Terdapat pelbagai faktor Islam dagang kali pertama yang dikemukakan oleh pihak tertentu seperti faktor politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Namun, di sana terdapat satu faktor terbesar yang menyebabkan Islam dagang iaitu faktor aqidah Islam yang berlawanan dengan Jahiliyyah atau kufur. Islam mengajak kepada aqidah yang sohih, serta realiti hidup salimah, syamilah dan kamilah yang mana bertentangan dengan kekufuran. Islam dan kekufuran sentiasa dalam keadaan harb (peperangan).
Kekufuran tidak dapat menerima Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT. Kekufuran tidak menerima hukum-hukum dan undang-undang Allah SWT berjalan dan berkuasa di bumi. Firman Allah SWT: “Tiada kekuasaan memerintah itu melainkan Allah sahaja. Dia memerintah supaya kamu jangan menyembah selain daripada-Nya, kerana yang demikian itu adalah Din yang lurus.” - Surah Yusuf: ayat 40. Inilah faktor terbesar. Faktor ini wujud di setiap zaman, hatta di zaman sekarang walau pun tersembunyi di sebalik faktor-faktor lain.
Dengan ketentuan Allah SWT dan pertolongan-Nya serta berkat usaha, pengorbanan dan jihad Rasulullah SAW bersama-sama para sahabat r.a. yang sabar dan ikhlas, maka ghurbah (dagang) tersebut telah hilang. Akhirnya petunjuk dan rahmat Allah SWT diterima, dihayati dan didaulatkan sepenuhnya di Madinah al-Munawwarah.
Pengorbanan dan jihad Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda telah diterima dan diredhai Allah SWT. Mereka adalah contoh ikutan bagi kerja-kerja da’wah untuk mendaulatkan din Allah. Allah SWT telah mengabadikan pengorbanan mereka dalam firman-Nya: “Golongan terdahulu dan awal di kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lama. Itulah kemenangan yang besar.” - Surah at-Taubah: ayat 100
Ghurbah Ath-Thaniyah (Dagang Kedua)
Generasi pertama iaitu Generasi Al-Quran yang dididik oleh Rasulullah SAW telah berlalu. Kerja-kerja mereka telah selesai. Kelemahan umat Islam dan kelemahan pimpinan dalam generasi-generasi selepas mereka telah berlaku. Daulah Islamiyyah telah jatuh satu persatu dan yang terakhir ialah kejatuhan Daulah Othamaniyyah di Turki. Serentak dengan itu pengaruh sekularisma yang ditaja oleh penjajah telah bertapak, menular dan berkembang pesat di seluruh negara yang diperintah oleh umat Islam. Pengaruh itu terus berakar umbi hingga kini di negara-negara Islam tanpa kecuali. Akibatnya Islam kembali ghurbah untuk kali kedua. Kini realiti menunggu rijal-rijal untuk menghilangkan Ghurbah Ath-Thaniyah.
Benarlah sabda Rasulullah SAW: “Islam bermula dalam keadaan dagang, ia akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berpegang dengan Islam ketika ia dagang.” - Hadith Riwayat Muslim
Dalam sabda baginda yang lain: “Beruntunglah sesiapa yang beriman denganku walaupun tidak melihatku (bersamaku)”.
Sebab-Sebab Ghurbah Masa Kini
1. ‘Aqidah umat Islam tidak lagi berfungsi akibat pengaruh din bukan Islam. Sedangkan da’wah Rasulullah SAW mengajak kepada aqidah yang soheh, hidup dan berfungsi. ‘Aqidah yang menerima Allah SWT sebagai Ilah dan Rabb. Menerima HakimiyyahNya. Menerima Din-Nya serta mendaulat dan mempertahankannya di sepanjang hayat. Ini kerana Islam sahaja yang diterima oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT:
“Hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu din kamu, dan Aku sempurnakan ni’mat-Ku, dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai din.” (Surah al-Maidah: ayat 3)
Dengan Islam sahajalah manusia dimuliakan. Firman Allah SWT: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyeru pada kema’rufan dan mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman dengan Allah.” - Surah ‘Ali Imran: ayat 110, Inilah sebab terbesar yang menjadikan Islam ghurbah. Sebab ini mengatasi sebab-sebab sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.
2. Kejahilan umat tentang Islam baik dari segi tasawwur, tuntutan mahupun penghayatannya. Begitu juga kejahilan tentang sifat-sifat Allah SWT, sifat-sifat Rasulullah SAW, Hari Pembalasan dan perkara-perkara yang bersangkutan.
3. Sikap umat yang melupai dan mengabaikan ingatan-ingatan Allah SWT. Firman Allah SWT:
“Tetapi mereka sengaja melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diberikan peringatan dengannya; maka Kami timbulkan di antara mereka permusuhan dan kebencian sampai ke kari qiamat.” - Surah al-Maidah: ayat 14
4. Realiti umat yang beriman dengan sebahagian daripada kandungan al-Kitab (al-Quran) sahaja. Firman Allah SWT: “Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab dan ingkar dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripada kamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan di Hari Akhirat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat.” - Surah al-Baqarah: ayat 85
5. Dunia menguasai hati dan kehidupan umat Islam. Umat Islam kasihkan dunia dan bencikan kematian. Apabila ‘aqidah umat telah sakit dan tidak berfungsi, kejahilan menyelubungi kehidupan, ingatan-ingatan Allah SWT diabaikan, dunia menguasai kehidupan dan jihad ditinggalkan, maka Islam menjadi Ghurbah.
Realiti kini, Islam berada di suatu lembah manakala umat Islam berada di suatu lembah yang lain. Islam menjadi sasaran musuh. Ustaz Sa’id Hawwa ada menyatakan: “Kita dapati Islam dan kaum Muslimin menjadi sasaran musuh luar dan dalam...” Walaupun musuh pada zahirnya kelihatan bergeseran di kalangan mereka, namun mereka semua akan bersatu apabila menghala dan menghentam Islam. Sabda Rasulullah SAW: “Kekufuran mempunyai satu Millah.”
6. Penyakit perpecahan dan kedengkian yang menyerang hati-hati orang Islam. Firman Allah SWT: “Mereka tidak berpecah belah kecuali sesudah datang kepada mereka pengetahuan kerana kedengkian antara mereka.” - Surah asy-Syura: ayat 14.
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Janganlah kamu berbantah-bantah menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan kamu.” - Surah al-Anfal: ayat 46.
Ciri-Ciri Ghurbah
1. Berlaku Bid’ah Fiddiin iaitu umat Islam mengambil jalan (Din) yang bukan jalan Islam.Firman Allah SWT: “Sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah jalan itu, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu daripada jalan-Nya.”
2. Berbagai-bagai isme dianuti dan dicampur-adukkan dengan Islam. Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan syaitan.” (Surah al-Baqarah: ayat 208)
3. Cara hidup yang tidak menggambarkan aqidah di mana mungkar dipandang ma’ruf dan ma’ruf dipandang mungkar.
4. Lahir perkara-perkara syubhat dalam urusan umat Islam seharian, disamping mengikuti fahaman sekular yang diciplak daripada kristianisme dan kolonialisme peninggalan penjajah. Islam dianggap tidak sesuai untuk masa kini. Islam dikatakan tidak membawa kemajuan dan pembangunan.
Akhirnya, umat Islam menjadi dagang di tanah air sendiri. Islam dagang di gedung perniagaan, di rumah, di dalam keluarga, di pejabat dan sebagainya. Islam berada di satu lembah dan kaum Muslimin berada di satu lembah lain. Kalaulah Islam dapat diumpamakan seperti seorang insan, maka sudah pasti akan kedengaran suara tangisannya yang jauh di lubuk kedagangannya.
Permasalahan Islam
Permasalahan Islam kini yang perlu diselesaikan segera adalah:
1. Masyarakat tidak faham Islam. Mereka tidak jelas tasawwur Islam sebenar. Fahaman mereka berbentuk juz’i dan bercampur aduk. Misalnya ada yang melihat Islam dari aspek hukum semata-mata tanpa melihat kepada Qadhiyyah Ilahiyyah yang menyeluruh.
2. Masyarakat tidak nampak Din Allah SWT dan rahmat-Nya sebagai suatu alternatif yang dapat menyelesaikan permasalahan manusia dan menyelamatkan mereka daripada kehancuran. Firman Allah SWT: “Dan barangsiapa yang tidak diberikan cahaya (pertunjuk) oleh Allah maka ia tidak mempunyai cahaya (pertunjuk) walaupun sedikit.” (Surah an-Nur: ayat 40)
3. Pupus syu’ur untuk kembali kepada Islam. Sedangkan Islam mendidik umatnya supaya bekerja dan berusaha untuk menegakkan Din Allah SWT serta mempertahankannya, bukan sebaliknya mempertahankan Din bukan Islam.
“Sesiapa yang benci untuk bertemu dengan Allah SWT, maka Allah SWT benci untuk bertemu dengannya.” Tidak dinafikan bahawa terdapat individu-individu yang faham Islam, menerima Islam sebagai alternatif dan memiliki syu’ur untuk kembali kepada Din Allah SWT sepenuhnya. Tetapi malangnya mereka tidak terkumpul sebagai satu kekuatan dalam bentuk jama’ah yang tersusun rapi dan mempersaksikan rahmat Allah SWT dalam bentuk yang sempurna.
Cara Mengatasi Ghurbah
Untuk mengatasi Ghurbah ath-Thaniyah, maka tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada jalan Rasulullah SAW. Yakni jalan yang telah berjaya memnghilangkan Ghurbah al-Islam al-Awwal. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya pada Rasulullah itu teladan yang baik bagi mereka yang mengharapkan rahmat Allah dan keselamatan hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.” - Surah al-Ahzab: ayat 21.
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu mengikuti sunnahku.... “ “Dan sebaik-baik pertunjuk ialah pertunjuk Muhammad SAW.”
Antara cara-caranya ialah:
1. Memahamkan Islam kepada masyarakat sebagaimana yang difahami oleh Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. yang mulia. Islam adalah satu cara hidup yang benar dan akan membawa kepada keredhaan Allah SWT. Manakala cara hidup yang lain adalah batil, sesat dan dimurkai Allah SWT. Dengan Islam sahaja akan berakhir kefasadan, kejahatan dan kerosakan di bumi. Islam adalah Taklif Rabbani. Manusia bertanggungjawab untuk memahaminya, beriman dengannya, menyampaikannya dan menegakkannya di dalam kehidupan. Firman Allah SWT: “Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai cara hidup, maka sesekali tidak akan diterima.” - Surah Ali ‘Imran: ayat 85.
Sabda Rasulullah SAW: “Demi yang jiwaku di tangan-Nya. Tidak mendengar daripadaku seseorangpun dari umat ini, samada Yahudi atau Nasrani, kemudian dia tidak beriman dengan apa yang diutuskan padaku, melainkan dia adalah terdiri ahli neraka.”
Islam hendaklah difahamkan melalui wasilah yang betul dan masyru’, bersumberkan masdar yang asli iaitu Al Qur’an, As Sunnah dan kitab-kitab ulama’-ulama’ muktabar agar Islam yang diketengahkan itu Syamil dan Kamil.
2. Melaksanakan didikan untuk melahirkan muslim yang serasi dan komited dengan Islam. Muslim berkerja untuk Islam sepanjang hayat. Muslim memiliki sifat-sifat mahmudah seperti yang dimiliki para sahabat Rasulullah SAW. Muslim yang menjadi rijal dan mujahid yang mukhlis. Muslim yang terikat dengan akhirat. Muslim yang merasai Ukhuwwah Fillah.
Didikan yang dijalankan di atas asas Iman yang akan melahirkan kesungguhan di dalam kerja-kerja da’wah. Al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna r.a. menyatakan yang bermaksud: “Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan dan memasukkan da’wah di hati sahabat-sahabatnya Generasi Awal ialah menyeru mereka supaya beriman dan beramal. Kemudian dihimpun hati mereka dengan penuh kasih sayang dan persaudaraan, mereka berhimpun di atas kekuatan aqidah dan kekuatan kesatuan, maka jadilah mereka jamaah contoh yang semestinya terjulang kalimah dan da’wahnya, memperolehi kemenangan walaupun ahli-ahli bumi seluruhnya tidak menyetujui dan menentang mereka.”
Barisan muslimin yang bangkit sebagai du’at. Mereka berda’wah kepada keluarga dan masyarakat agar kembali kepada Islam sebagai Din Allah yang bersifat Kamil dan Mutakamil.
3. Melaksanakan jihad. Pembentukan masyarakat Islam dan pemerintahan Islam, yang menjadi matlamat asasi dalam ‘Amal Islami, tidak akan tercapai tanpa jihad. Malah jihad mengangkat pekerja-pekerja Islam daripada segala kerendahan kepada ketinggian. Jihad akan menjadikan pekerja-pekerja Islam terikat dengan Islam siang dan malam. Terpaut rasa dengan alam ukhrawi sepertimana terpautnya manusia lain kepada kehidupan dunia.
Jihad perlu berterusan. Orang-orang yang mati tanpa berjihad tergolong dalam golongan munafiq. Orang-orang yang mati tanpa kesan jihad akan bertemu Allah SWT dalam keadaan sumbing. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang bertemu Allah (mati) tanpa kesan jihad, maka dia bertemu Allah dan padanya terdapat kesumbingan.” - Hadith Riwayat at-Tarmizi.
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang mati dan tidak pernah berperang dan jiwanya tidak berlaku peperangan, maka dia mati di atas cabangan nifaq.” - Hadith Riwayat Muslim.
Firman Allah SWT: “Kalau kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pasti mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu mereka terasa amat jauh.” - Surah at-Taubah: ayat 42.
4. Du’at perlulah bekerja secara jama’i, tidak keseorangan. Rasulullah SAW bersabda: “Tangan Allah bersama jama’ah.”
5. Hendaklah difahami bahawa dengan kesedaran dan semangat semata-mata tidak akan lahir pekerja dan penda’wah sepanjang hayat. Hamasah (semangat) akan hilang apabila bertemu dengan ‘Uqubah dan Mehnah (bencana dan ujian) di atas jalan da’wah. Lebih-lebih lagi jalan da’wah ini panjang dan jauh. Ia tidak dihampari dengan permaidani indah atau ditaburi dengan bunga-bungaan. Justeru itu Tarbiyyah, Takwin dan bekerja secara jama’i adalah perlu.
Dengan adanya Tarbiyyah dan Takwin, InsyaAllah akan lahirlah pekerja sepanjang hayat, iltizam dengan matlamat da’wah yang besar dan bercita-cita mencari keredhaan Allah SWT semata-mata.
Penutup
Menegakkan kembali Din Allah SWT adalah Amanah Kubra (besar) dan taklif Rabbani. Du’at perlu memikul Amanah dan Taklif ini. Meninggalkannya adalah berdosa lantaran du’at berada di satu penjuru daripada penjuru-penjuru Islam yang perlu dikawal dan dijaga agar musuh tidak dapat menceroboh.
Medan da’wah dan berkerja untuk Islam adalah medan yang Allah SWT muliakan. Begitu juga du’at menjadi mulia di atas medan ini. Du’at hidup dan mati di atasnya. Du’at beristiqamah di atasnya hingga kembali bertemu Allah SWT dalam keadaan mendapat kasih-Nya dan terselamat daripada kemurkaan-Nya.
Ustaz Sharipudin Ab Kadir
YDP ISMA Kelantan