.

Yahudi Mengganas, Negara Arab lesu, di mana kita

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Israel menghadapi gelombang kemarahan masyarakat dunia berikutan tindakan komandonya menyerang kapal bantuan ke Genting Gaza semalam yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang aktivis pro-Palestin yang menyertai 'Flotila Pembebasan Gaza' terbunuh.

    Turki, antara beberapa negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim Yahudi itu telah bertindak membekukan hubungan ketenteraan.

    Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kelantan menggesa Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) terutama negara-negara Arab sekitar Aqsa segera bertindak memberi tekanan kepada rejim Zionis Israel susulan tindakan biadab menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, kelmarin. Halakan seluruh senjata kamu kepada Yahudi , nescaya mereka akan lari bertempiaran penuh kehinaan sebagaimana Rasulullah halau mereka dari Lembah Khaibar.

    Yang Dipertuanya, Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir berkata, negara Islam perlu mencontohi keberanian Turki membantu umat Islam Palestin yang ditindas rejim berkenaan.

    “Kami amat kesal dengan pendirian Mesir yang juga negara Islam walau, bersekongkol dengan Israel menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan ke Palestine walaupun saat ini akhir baru di buka sempadan Rafah untuk laluan bantuan . Media asing melaporkan, Israel menahan seramai 480 aktivis pro-Palestin yang menyertai konvoi berkenaan dan mengusir 48 aktivis lain.

    ( Bumi Sinai, 23 Ramadhan bersamaan 6 Okt 1973 Yahudi pernah dikalahkan oleh askar Mesir dalam sekelip mata sahaja dengan penuh kehinaan)

    Dalam pada itu, Ustaz Sharipudin berkata, umat Islam di negara ini diminta mendoakan keselamatan semua anggota konvoi berkenaan.

    “ISMA juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan tidak akan berdiam diri selagi Yahudi masih menindas serta menzalimi umat Islam di Palestin,” katanya.

    Menurutnya, semua umat Islam khususnya di negara ini perlu sentiasa proaktif menentang kekejaman rejim Zionis Israel.


    YDP ISMA KELANTAN


    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net