Sambungan Kupasan Buku Himpunan Risalah al-Imam Hasan Al-Banna R.H

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Kota Bharu 22 Mei: Bertempat di bangunan perpustakaan Az-Zahra’ belakang pasaraya besar Billion, daurah umum untuk ahli ISMA yang berbentuk bulanan telah berlangsung dengan jayanya (Alhamdulillah). TYD ISMA Kelantan Ustaz Othman Muhamad telah mengupas buku Himpunan Risalah al-Imam Hasan Al-Banna R.H dengan lumat-selumatnya pada sambungan tajuk “Dakwatuna”.

    TYDP ISMA Kelantan, Ustaz Othman Muhamad

    ketika mengupas buku Himpunan Risalah

    Pertemuan bulanan yang mengambil masa selama 3 jam itu dibahagikan kepada 3 slot penting. Slot pembentangan kupasan buku, slot bersama YDP ISMA Kelantan, Ustaz Sharipudin Ab Kadir dan yang terakhir ialah sessi soal jawab.

    Moga daurah yang berbentuk bulanan ini mampu menampung lompang-lompang kekurangan yang ada pada semua ahli dan menjadi titik tolak amal di dalam persediaan diri untuk bertemu Allah Rabbul Izzah.

    Media ISMA Kelantan

    Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera Media ISMA Kelantan


    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net