Rindu Terubat Di Dalam MABIT

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Peringat 20 Mei: Program qiamullail atau lebih dikenali dengan Malam Bina Iman & Taqwa (MABIT) yang dinantikan oleh seluruh ahli jemaah Masjid Abdul Rahman Bin Auf Taman Desa Rimbunan pada minggu ke-3 setiap bulan kini menjadi satu kemestian yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat setempat.

    Sejarah iman...

    Pada minggu ke-3 yang lepas, anak-anak kecil, orang dewasa dan juga ahli jemaah wanita turut bersama menghadiri program MABIT yang bermula sejak 9.30 malam dan berakhir pada jam 7.00 pagi. Sentuhan iman dalam tazkirah yang disampaikan oleh Qudama’ (orang lama) dalam dakwah ISMA kepada semua yang hadir menarik minat ahli jemaah untuk berjumpa lagi dalam siri MABIT akan datang.

    Semoga usaha kecil sebegini akan dinilai oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayangNya. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang mengabdikan diri kepada Allah secara tersusun dan berterusan.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net