.

Hari Keluarga ISMA Kelantan 2010

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Bachok 1 Mei :- Bersempena dengan cuti hari pekerja dan sepertimana yang telah dijadualkan, program Hari Keluarga ISMA 2010 telah berjaya dilaksanakan di pantai Sri Muara Resort. Semua ahli ISMA dari berbagai tempat dan pelbagai latar belakang tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan pertemuan penuh sejarah ini dengan membawa anak-anak bersama.

    Antara ahli keluarga ISMA yang hadir

    Program yang berbentuk santai dan menyeronokkan ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Pelbagai aksi menarik dapat dilihat dari gaya bersahaja yang dipamerkan oleh anak-anak, remaja, ahli Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang dijemput khas dan juga Qudama' (orang lama) di dalam dakwah ISMA ketika permainan berlangsung.

    Saudara Malek Raduan, Pengerusi PEMBINA Kelantan diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Hari Keluarga ISMA ini. Beliau memulakan progam dengan bacaan ayat suci al-Quran yang dibacakan oleh Ustaz Faisol Abdullah, diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Nik Abdul Rahim Bin Nik Abdul Aziz.

    Pengerusi PEMBINA Kelantan, saudara Malek Raduan
    ketika mempengerusikan majlis sambutan Hari Keluarga ISMA 2010

    Seterusnya ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh YDP ISMA Kelantan, Ustaz Sharipudin Ab. Kadir yang banyak menyentuh tentang kepentingan keluarga Dakwah. Beliau juga turut menyentuh tentang kepentingan amal yang meraikan suasana dan tempat tanpa menggadaikan prinsip serta asas-asas dakwah, sepertimana contoh Saiyyidina Umar R.A ketika bersama dengan seorang anak kecil dan mengajuk percakapan anak tersebut dengan pelat keanak-anakan membuatkan seorang sahabat yang melihat kelakuan tersebut berkata "inikah seorang khalifah?" - Setelah berlalunya masa, Sayyidina Umar R.A menjawab kembali persoalan itu tadi dengan berkata; "Setiap seseorang itu ada hak dan caranya".

    Seterusnya Ustaz merasmikan Hari Keluarga ISMA 2010 dengan lafaz بسم الله الرّحمن الرّحيم bermotokan Keluarga Bahagia, Dakwah Sejahtera. Setelah itu semua ahli dihiburkan dengan nasyid bertajuk "Dasar Perjuangan" yang telah didendangkan oleh Ustaz Sidek Bin Mamat.

    Adik Hafizotul Mukminah Binti Mohd Al-Hadi ketika "tiup tepung"

    Program diteruskan dengan permainan yang dipecahkan kepada 3 kumpulan besar iaitu, kumpulan ikhwah, akhawat dan Nazim. Moga Hari Keluarga ISMA 2010 ini merupakan satu titik permulaan yang akan menambah amal dan merapatkan ukhuwwah yang sedia terjalin.

    Media ISMA Kelantan

    Berikut adalah antara gambar-gambar menarik yang sempat dirakam oleh

    lensa Media ISMA Kelantan

    Busana Muslimah - Kumpulan 1

    Busana Muslimah - Kumpulan 2

    Busana Muslimah - Kumpulan 3

    Busana Muslimah - Kumpulan 4

    Antara yang hadir

    Makan tengahari

    Kontijen NAZIM Banat Kelantan

    Kontijen NAZIM Banin Kelantan

    Sukaneka NAZIM

    Penyampaian hadiah

    Penyampaian hadiah

    Bola sepak





    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net