.

PROFIL

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)



    Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah-tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!

    ISMA merupakan sebuah entiti yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. Dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti. ISMA komited dalam mencapai matlamat penubuhannya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitinya.

    ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada kesejahteraan dan keutuhan keluarga sebagai aset kekuatan dalam pembentukan masyarakat kerana ISMA mahu mencorakkan bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing dan mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai kepimpinan masa depan.

    ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita.

    TUJUAN DAN MATLAMAT
    • Menggabungkan dan menyatukan semua warganegara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan beragama Islam dalam sebuah pertubuhan yang melaksanakan segala bentuk aktiviti dan program dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
    • Menggembeling kepakaran dan pengalaman ahli ahli dan sukarelawan yang berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa.
    • Mewujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan.
    • Menjadi anggota kepada pertubuhan pertubuhan Islam di dalam dan luar negara yang mempunyai tujuan tujuan dan matlamat-matlamat yang sama dengan ISMA serta menerima keanggotaan pertubuhan pertubuhan tersebut.
    • Menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhan pertubuhan di dalam dan luar negara dalam menjayakan matlamat dan tujuan ISMA demi kebaikan dan kepentingan masyarakat.
    • Mewujudkan pusat pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli dan masyarakat.
    • Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran saluran media yang dibenarkan oleh pihak berkuasa secara kerjasama dengan pihak media massa di dalam dan luar negara.
    • Menerima dan menguruskan sumbangan sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahli ahli ISMA sendiri (selain daripada yuran keahlian) atau daripada mana mana pihak individu atau institusi/syarikat/firma dari dalam dan luar negara dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan tujuan dan maksud ISMA.

    VISI
    ISMA cawangan Kelantan sebagai organisasi dakwah Islam yang syumul, berwibawa dan unggul di peringkat Malaysia umumnya dan negeri Kelantan khususnya.

    MISI
    Mempelopori agenda dakwah dan memimpin perubahan masyarakat melalui sistem pengurusan dan pengkaderan yang berkualiti bagi melahirkan masyarakat terbilang sebagai asas ke arah pembinaan tamadun Islam.



    Kelab Remaja ISMA (KRIM)


    Remaja adalah aset penting negara kerana merekalah yang akan mencorakkan jatuh bangunnya tamadun bangsa ini di masa hadapan. Mereka adalah ibarat biji benih yang ditanam, perlu dibela, dibaja dan dilindungi dari sebarang kerosakan agar pepohon yang bakal hidup melahirkan buah-buahan yang masak ranum dan hasil yang lumayan.

    KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM) tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan ini. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri.


    ke Laman KRIM



    Nadi Asybal wa Zahrawat ISMA (NAZIM)

    Asybal bererti singa, simbolik kepada kegagahan, ketangkasan juga keberanian yang sesuai bagi anak-anak lelaki. Manakala Zahrawat adalah kuntuman bunga-bunga yang mekar dan sejuk mata memandang untuk diumpamakan kepada anak-anak perempuan yang sifatnya lembut, kemas dan ceria.

    Dengan terjemahan lain NAZIM juga boleh dijolokkan sebagai kelab simba dan jasmin Malaysia, berperanan untuk mendidik anak-anak bagi mencapai objektif yang jelas iaitu:
    - Memupuk perasaan cinta Allah dan Rasul-Nya serta ibu bapa,
    - Membentuk sifat berani dan keterampilan,
    - Melatih kemahiran bersosial,
    - Melahirkan anak-anak yang menghormati dan mendokong fikrah Islam yang syumul dan,
    - Membentuk jati diri seimbang sebagai seorang Muslim.

    Kelab ini terbuka kepada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun dengan penekanan diberi terhadap aktiviti-aktiviti yang merangkumi aspek fizikal dan nurani.

    VISI : "Melahirkan Generasi Pelapis Untuk Mendokong Dakwah Islam Di Malaysia"
    MISI: "Membina syahsiah anak-anak yang seimbang merangkumi jasmani, rohani, emosi dan intelektual"

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net