JAULAH ke International Islamic University of Yala, Thailand

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:


  • Februari, 20 2009 Jumaat Seramai 30 orang ahli PEMBINA dan ISMA Kelantan menyertai jaulah Imaniyy ke selatan Thailand untuk merasai sendiri pengalaman bagaimana ikhwan di selatan Thailand menjalankan urusan hidup harian mereka ketika negara mereka sekarang ini mengalami masalah kegawatan keselamatan.

    Tepat jam 9.00 pagi kami bertolak ke Imegresen Tak bai dengan mengambil masa hampir 2 jam kami menguruskan passport kemasukan ke Thailand, perjalanan ke pattani mengambil masa lebih kurang satu jam lebih melalui lebuhraya Narathiwat untuk sampai ke destinasi utama iaitu Universiti Islam Yala pada jam 7.30pm waktu Malaysia disambut oleh Ustaz Ismail Lutfi Pengasas Universiti tersebut.

    Alhamdulillah ikhwan Thailand meraikan kedatangan ikhwan Malaysia dengan penuh rasa mahabbah dan kasih sayang di dalam satu jama'ah kemudian kami dijamu makan malam di kantin univesiti tersebut, selesai menjamu selera kami mendengar taklimat di bilik mesyuarat untuk sesi dialog mengenai sejarah universiti terulung tersebut. Kami difahamkan penuntut unuversiti islam Yala mencecah hampir 3000 orang penuntut didalam negara mahupun dari luar negara.

    Pada hari berikutnya kami berpeluang menziarahi qudama' ikhwan Thailand, dalam perjalanan balik ke malaysia kami sempat menikmati keindahan air terjun Pachor Pattani dan Semoga jaulah yang telah dirancang oleh HRD PEMBINA cawangan kelantan dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia ini memberi penuh pengalaman dan memori yang indah sehingga bertemu dengan Allah S.W,T.

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net