Karnival Seni NAZIM Zon Timur 2011 sengit

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • PASIR PUTEH, 28 Mei; Bertemakan “Anak-Anak Beriman Pemangkin Kesejahteraan Ummah”, program Karnival Seni NAZIM Zon Timur 2011 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di dewan besar Kompleks Sekolah SMK Kamil, Pasir Puteh. Program ini yang bernaung di bawah Biro Wanita ISMA merupakan sebuah program tahunan NAZIM di peringkat nasional.

    Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan alunan suci ayat Quran oleh adik Mannan Mohd Sidek dan ucapan perasmian oleh Ustaz Sharipudin Abdul Kadir, YDP ISMA Kelantan merangkap YDP Majlis Syura Isma Malaysia.


    Di dalam kesempatan itu, beliau menekankan kepada para ibu bapa akan betapa pentingnya peranan tarbiyah dalam mendidik anak-anak untuk mencapai visi ‘Membina Generasi Harapan’. Di akhir kalam, dengan lafaz Bismillah beliau merasmikan program.



    Negeri-negeri di pantai timur yang merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menghantar wakil masing-masing bagi menyertai acara yang dipertandingkan iaitu hafazan, bercerita, pidato, dikir barat dan nasyid. Keletah para peserta sesekali menggeletek hati para juri dan penonton.


    Hasil pertandingan, johan bagi hafazan Tahap 1 telah disandang oleh adik Zaid Muhammad Zolkifli mewakili Terengganu,dan johan bagi hafazan Tahap 2 pula telah disandang oleh adik Anis Aqila Abdul rahman mewakili negeri Kelantan. Adik Fathurrahman Abdul Karim telah dinobatkan sebagai johan bagi acara bercerita manakala adik Nur Damnia Farida Kassim pula menjadi johan bagi acara pidato. Mereka juga mewakili Kelantan. NAZIM Kelantan juga turut menjadi johan bagi acara dikir barat dan nasyid.



    Tahniah diucapkan kepada semua johan pertandingan yang bakal mewakili Zon Timur ke Mahrojan NAZIM di peringkat kebangsaan nanti. Bagi ustazah Rafiah, selaku pengerusi NAZIM Kelantan beliau mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah di atas kejayaan NAZIM Kelantan ini dan berharap semoga kemenangan ini akan menjadi pemangkin jiwa anak yang soleh. Wallahua’lam.



    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net