.

Kem Al-Fateh NAZIM Kelantan 2011: Meriah dan bermakna!

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: , ,
  • Pantai Cahaya Bulan, 16-17 Sept: "Anak-anak itu bagaikan kain putih, terserahlah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya." Baru-baru ini, pihak Ahli Jawatan Kuasa Nadi Al-Azim (NAZIM) Cawangan Kelantan telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program mukhayyam anak-anak NAZIM iaitu Kem Al-Fateh.

    Program ini telah berjaya menarik seramai 42 orang peserta, 25 lelaki dan 17 perempuan. Selain bertujuan mempererat hubungan silaturrahim antara anak-anak NAZIM, kem dua hari satu malam ini juga menekankan unsur-unsur tarbiyyah dan nilai jatidiri dalam kalangan para peserta.

    Sepanjang program berlangsung, kumpulan si cilik ini telah diuji dengan aktiviti berbentuk 'outdoor' seperti 'Night Walk', 'Ukhuwwah Games' dan 'Water Games'. Mereka secara tidak langsung telah diserapkan dengan elemen kepimpinan, kerjasama dan tolak ansur antara satu sama lain.

    Di samping itu, pengisian rohani juga telah disusun oleh pihak penganjur seperti ceramah tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, qiamullail dan solat jemaah.

    Semoga NAZIM Kelantan akan terus maju dengan penganjuran program sebegini agar lebih dikenali anggota masyarakat.


    Untuk melihat lebih banyak gambar, layari;

    NAZIM Kelantan mengucapkan
    Selamat Menunaikan Haji
    Allaahummaj 'alnaa min
    hujjaja fi baitikal haram.


    Media ISMA Kelantan













    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net