Kembara Khas Bersama Qudama' Dakwah ISMA Kelantan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Kemaman 14 Sept: Menyahut seruan Allah dalam pelbagai bentuk amalan adalah merupakan sunnah dan fitrah kemanusiaan yang sentiasa mencipta kelainan diri dalam mencari ketenangan dah kebahagian hidup.

    Rentetan tuntutan fitrah tersebut itulah membuatkan satu rombongan kecil qudama' dakwah ISMA Kelantan bersama peserta telah menempuh perjalanan selama 5 jam dari Kota Bharu ke Sungai Mas Kemaman, selepas merehatkan diri di rumah salah seorang ahli jawatankuasa ISMA Kelantan, saudara Abdul Rahim Osman selama semalaman, pada keesokan paginya rombongan kecil ini telah bertolak masuk ke ladang kelapa sawit seluas 4000 ekar yang mengambil masa selama 2 jam perjalanan menggunakan kenderaan dan berjalan kaki selama 2 jam untuk sampai ke jeram berasap.

    Aktiviti menjala, solat jemaah dan beberapa aktiviti lain turut dilaksanakan secara bersama di samping melihat kesan-kesan gajah, kijang yang menjadi penghuni tetap hutan belantara tersebut. Sebanyak 2 buah lubuk telah dilawati untuk mencari ikan dan merehatkan minda fikiran.

    Sememangnya aktiviti yang dijalankan ini amat menyeronokkan dan mencabar kelasakan diri setiap peserta. Semoga kembara bersama Qudama' dakwah ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang oleh setiap ahli ISMA Kelantan khususnya walaupun dalam bentuk rombongan kecil.

    Media ISMA Kelantan

    Sedikit gambar kenangan... dan sila layari

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=134930413271713&set=a.134930033271751.24663.100002642656240&type=1&theater






    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net