.

Majlis Aidilfitri ISMA Kelantan 1432H

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Kota Bharu 10 September; Keriangan terbayang di wajah sekalian ahli ISMA Kelantan yang hadir setelah sebulan penuh berpuasa dan tidak bertemu mata. Masing-masing tersenyum bangga kerana berjaya meredah samudera sehingga ke akhirnya. Begitulah suasana majlis sambutan hari raya fitrah ISMA Kelantan kali ini yang bermula pada jam 9.00pagi sehingga 12.30 tengahari tadi.

    YDP ISMA Kelantan ustaz Sharipudin Ab Kadir ketika menyampaikan ucapannya menggesa semua yang hadir agar menjadikan hari raya ini sebagai tanda kesyukuran di atas anugerah Allah yang memberi kekuatan kepada kita semua untuk menjalani ibadah puasa dan amal-amal kebaikan sepanjang bulan puasa yang lepas.

    Beliau yang juga merupakan Pengerusi Majlis Syura ISMA turut mengingatkan semua ahli agar merasakan bahawa inilah pertemuan yang Allah telah tentukan untuk para pendokong dakwah, dengannya kita dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana kita saling nasihat menasihati, dengannya juga kita dapat mengikat ukhuwwah fillah yang telah kita bina selama ini, dengannya juga kita dapat mengetahui perkembangan isu-isu semasa dan pendirian kita juga dengannya jugalah kita menanam azam untuk menyambung kembali pertemuan mingguan, MABIT bulanan dan amal-amal yang terhenti seketika dek kesibukan diri masing-masing menjalani ibadah puasa.

    Beliau juga turut menyentuh tentang kepentingan seorang da'ie ketika berada di sesuatu tempat atau majlis atau mana-mana perhimpunan, baik dari segi pakaian, tingkah laku, adab sopan dan segala yang bersangkutan dengannya.


    Di dalam majlis yang penuh dengan ketundukan diri kepada ALlah ini juga telah diselitkan majlis graduasi ramadhan untuk ahli-ahli NAZIM Kelantan, persembahan nasyid, deklamasi sajak, cabutan bertuah, tazkirah dan juga penyampaian sumbangan khusus untuk saudara seislam di bumi Palestin yang telah diterima oleh wakil AMAN Palestin Berhad, Ustaz Mohd Al-Hadi Muhamad merangkap Ketua Media ISMA Kelantan.

    Semoga majlis yang penuh barakah ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net