Mesir Telah Melahirkan Ribuan Ulama'

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: , ,
  • Kota Bharu,29 Ogos: Sebahagian negara menjadi tonggak kepada negara-negara lain, termasuklah Mesir yang mempunyai lebih 80 juta rakyat dan mereka adalah masyarakat yang terpelajar. Malah bumi Mesir melahirkan ribuan ulama' jelas ustaz Abdul Halim Abdullah, Ketua Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

    Katanya lagi, di mana-mana negara adanya pensyarah dari universiti al-Azhar, tetapi di Mesir tidak ada pensyarah luar yang mengajar di universiti-universiti di Mesir. Bahkan ribuan masyarakatnya bertebaran di seluruh dunia dari kalangan ulama', pelajar dan pekerja.

    Dalam konteks terkini Mesir ustaz Abdul Halim berkata, kalau lemah Mesir, lemahlah negara-negara Islam. Musuh juga tidak lepas pandang dari memerhatikan bumi Mesir. Kepada sesiapa yang pernah hidup di Mesir dia akan melihat keadaan orang Mesir, bagi apa sahaja mereka akan hidup, bagi Islam, hidup, bagi profesion pekerjaan hidup,  bagi artis, hidup, bagi apa sahaja semuanya akan hidup.

    Sebab itu Mesir adalah merupakan kubu umat Islam di zaman serangan Tartar (Monggol), ketikamana tentera Monggol sampai ke Mesir, general tenteranya berkata; menyerah sahajalah kerana kami telah menang terhadap Iraq dan lainnya, tetapi Sultan Saifuddin Al-Qutuz yang memerintah Mesir pada masa itu membuat keputusan untuk melawan dan akhirnya menang, peperangan itu adalah yang bernama Ain Jalut ujar ustaz Halim dihadapan kira-kira 200 orang ahli jemaah yang hadir.

    Di bawah pemerintahan tentera, rakyat Mesir sengsara kerana mereka diperintah oleh senapang dan senjata dan pemerintah mereka yang terdiri dari tentera bukan dari golongan orang yang cerdik.

    Memang di dalam negara Islam, adanya masyarakat yang jahil, tetapi kita mesti didik masyarakat dengan Islam, mesti didik masyarakat mengenali musuh Islam, kerana bila masyarakat jahil ia akan diperalatkan, musuh akan merosakkan tentera, kerana pekerjaan tentera adalah semulia-mulia tugas, sepertimana di zaman sahabat r.a.h, semuanya berebut-rebut untuk menjadi tentera Islam. tuntas ustaz Halim ketika menyampaikan kuliah maghrib bertempat di masjid kampung Sireh.

    Katanya lagi, pendirian pergerakan Islam di Mesir ialah bangkit dengan aman, ianya bermula sejak bulan sya'aban lagi. Dengan pendirian yang baik seperti ini, kita mestilah memberikan kesedaran kepada mereka yang terdekat, berdoa kepada Allah agar memberi kemenangan mengikut apa yang dikehendakiNya. Memberi tekanan kepada pihak-pihak yang berautoriti di Malaysia dan tidak memihak kepada rejim As-Sisi. Kerana rejim ini telah membentuk kerajaan yang tidak sah.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    Lagi Gambar Sekitar Kuliah Maghrib:




    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net