Syiah Wujud Pada Tahun 30 Hijrah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Besut, 27 Ogos: Orang-orang syi’ah mengatakan selepas Rasulullah S.A.W, penggantinya adalah sayyidina Ali, bukan sayyidina Abu Bakar atau sayyidina Umar R.A.H. Syiah wujud pada tahun 30 hijrah lagi yang diasaskan oleh Abdullah Bin Saba’, Jelas ustaz Muhammad Ismail dari Unit Kajian Syiah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di dalam ceramah bahaya syiah anjuran jabatan Agama Islam daerah Besut, masjid kampung Raja,  dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).


    Kata ustaz Muhammad lagi, Abdullah bin Saba’ pernah mengatakan sayyidina Ali K.R.W adalah penutup pewaris kepada Nabi Muhammad S.A.W. Sedangkan Rasulullah tidak pernah berkata begitu, dia menyamakan sayyidina Ali K.R.W sepertimana Yusya’ bin Nun yang merupakan penutup pewaris kepada Musa A.S.  Abdullah bin Saba’ juga pernah mendakwa bahawa sayyidina Ali adalah tuhan pada zaman pemerintahan sayyidina Ali K.R.W.

    Dalam soal aqidah pegangan umat, ustaz Muhammad menegaskan bahawa sandaran dan rujukan kita sebagai golongan ahlus sunnah wal jamaah adalah al-Quran tidak seperti syi’ah yang menjadikan sandaran serta rujukan mereka ialah kitab imam-imam mereka. Ini bertentangan dengan Islam, malah orang-orang syiah telah mengatakan sesungguhnya tokoh-tokoh syiah telah sepakat tentang sahihnya hadist-hadist yang sampai ke peringkat mutawatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan dengan al-Quran.

    Ustaz Muhammad menempelak golongan syiah yang yakin dan percaya kepada hadist rekaan mereka ini dengan katanya bagaimana hadist mereka itu mutawatir sedangkan ianya tidak sampai kepada Rasulullah S.A.W  dari sudut sanadnya. Malah golongan syiah mengatakan majoriti para sahabat telah murtad sepertimana ketua syiah Malaysia Abdullah Hassan berkata ketika di wawancara oleh  stesyen Tv1 bahawa kebanyakan sahabat telah (irtaad) murtad.

    Ceramah bahaya syiah itu telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang ahli jemaah lelaki dan wanita.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh

    Wartawan Media ISMA

    Lagi gambar sekitar ceramah bahaya syiah:





    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net