.

Takziah Kepada Presiden ISMA Dan Keluarga

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Pasir Puteh, 25 Ogos: Jam 11 pagi adalah detik terakhir kehidupan Tok Ayah Man 80, bapa kepada Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman. Beliau yang sihat seperti biasa tiba-tiba mengadu kepada isteri dan anaknya rasa sakit di atas tulang belakang antara dua bahunya. Sejurus selepas mengadu rasa sakit tersebut beliau pun pergi bertemu Allah s.w.t di rumahnya di kampung Golok (moga rohnya mendapat keampunan dan keredhaan Allah Azza Wajalla dan ditempatkan oleh Allah bersama-sama para Nabi, Siddiiqiin, syuhadaa’ dan soolihiin).

    Kiri sekali, abang kepada ustaz Abdullah Zaik dan tiga dari kiri YDP ISMA Kota Bharu, ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz 


    Solat jenazah telah disempurnakan selepas solat asar hari yang sama pada jam 5.10 petang. Jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan kampong Gong Manok, Pasir Puteh.

    Turut hadir semasa pengebumian ialah Yang Dipertua ISMA Kota Bharu, Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz, setiausaha ISMA Kota Bharu, Malek Raduan, ahli-ahli ISMA, ahli keluarga ustaz Abdullah, bekas Kadi Kota Bharu ustaz Mohd Daud Bin Yusoff dan masyarakat setempat.

    Manakala ustaz Abdullah Zaik ketika dihubungi Media ISMA pada jam 3.29 petang tidak sempat menatap wajah terakhir bapanya kerana tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu sudah penuh, beliau dan keluarganya terpaksa menaiki kenderaan persendirian untuk pulang menziarahi pusara bapanya.

    Semoga Allah memberi kesabaran kepada ustaz Abdullah dan keluarganya atas musibah ini, sesungguhnya saat kematian itu pasti tiba kepada setiap jiwa dan sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allahlah kita kembali.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh

    Wartawan Media ISMA 

    Lagi gambar-gambar sekitar pengebumian:
















    Bersama bekas kadi daerah Kota Bharu ustaz Mohd Daud Bin Yusoff yang terkenal dengan panggilan ayah Ngah 85, juga merupakan teman sepengajian di pondok dan di Mesir dengan Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net