Kota Bharu, 27 Julai: Malam
yang paling mulia dalam setahun, ialah 10 malam terakhir pada bulan ramadhan
yang mempunyai ganjaran yang besar dari
Allah s.w.t, dan di dalamnya terdapat “lailatul qodr”, ia adalah merupakan
malam hadiah dari Allah s.w.t, berupa pahala 1000 bulan dan amalan 1000 bulan
adalah merupakan satu amalan yang tidak mampu dilakukan oleh umat Muhammad
s.a.w secara berterusan, jelas naib presiden 1 ISMA, ustaz Muhammad Fauzi
Asmuni.
Katanya lagi, Imam Syafie
menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 2 kali sehari semalam di sepuluh ramadhan
terakhir, manakala imam Ahmad pula solat sunat pada setiap malam ramadhan
sebanyak 300 rakaat. Begitu juga imam Malik yang ditohmah oleh orang kerana
kurangnya ibadat, dia menjawab, manusia dalam melakukan ibadat seperti mendapat
rezeki, dan ibadat aku adalah mengajar dan menulis, dan kitab al-muwatto’
karangan beliau adalah merupakan kitab pertama yang ditulis di dalam Islam,
tetapi pada bulan ramadhan beliau berhenti mengajar kerana ingin menumpukan
pembacaannya kepada al-Quran.
Ujarnya lagi, Tidak semua orang
berpeluang menghabiskan ramadhan dan peluang hanya datang sekali, kita kena
ubah jadual dan ubah kehidupan pada 10 terakhir ramadhan, kalau kita tidak
mampu untuk mengubah jadual, maka kita tidak mampu menghadapi 10 ramadhan
terakhir. Ini kerana ia adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang mengikat
kainnya dengan kemas dengan maksud untuk
melakukan amalan dengan bersungguh-sungguh atau mengikut setengah pendapat
ulama’, ia juga bermaksud Rasulullah s.a.w tidak menggauli isterinya di sepuluh
terakhir ramadhan.
Kuliah subuh yang disampaikan di
masjid Mukim Lundang itu telah dihadiri oleh kira-kira 70 ahli jemaah dari
kalangan penduduk setempat.
Disediakan Oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment