Masyarakat Kita Sudah Semakin Baik

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • Kota Bharu, 29 Jun:  Orang Malaysia sekarang ni dah semakin hari semakin baik, bila hampirnya ramadhan sejak bulan rejab lagi mereka sudah merindukan ramadhan. Tidak seperti dahulu, di mana masyarakat kita sibuk membuat persiapan untuk menyambut perayaan. Alhamdulillah masyarakat kita sudah semakin baik jelas naib presiden 1 Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ustaz Muhammad Fauzi Asmuni ketika memulakan kuliah persediaan menyambut ramadhan di masjid Mukim Lundang.

    Katanya lagi, bulan ramadhan ialah bulan puasa yang kita kena puasa penuh. Ianya tidak sama dengan bulan-bulan yang lain. Sebab itu Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah akan diampunkan dosanya yang telah lalu.

    Bulan ini datang dengan keisitimewaan tertentu yang tidak ada pada bulan-bulan lain. Abu Bakar r.a berkata, setiap amal itu ada  waktu-waktunya. Begitu juga ramadhan, keutamaan pada bulan ramadhan adalah ibadah-ibadah tertentu dalam bulan ramadhan yang tidak ada dalam bulan yang lain.

    Ustaz Fauzi turut menerangkan bahawa, ramadhan adalah satu bulan yang disyariatkan bukan di zaman Mekah, tetapi disyariatkan di pada tahun 2 hijrah dan Nabi s.a.w berpuasa sebanyak 9 kali ramadhan.

    Puasa adalah ibadat jasad yang dilakukan oleh orang Islam dengan menahan lapar dan dahaga bermula dari masuknya waktu subuh sehingga berbuka puasa pada waktu maghrib.

    Pada peringkat awal pensyariatan puasa, bagi orang yang tak nak puasa pun boleh, tetapi kena bayar fidyah sehinggalah turunnya ayat yang bermaksud; sesiapa yang melihat anak bulan maka hendaklah berpuasa, bermakna seseorang itu kena berpuasa penuh sehingga maghrib dan berbuka serta boleh menyetubuhi isterinya selepas maghrib , jika dia tidur, bila bangun dari tidur dia sudah tidak boleh menyetubuhi isterinya sehinggalah turunnya ayat yang bermaksud; dihalalkan bagi kamu pada waktu malam ramadhan untuk menggauli isterinya terang ustaz Fauzi secara panjang lebar.

    Beberapa persoalan fikh puasa ramadhan turut dijelaskan secara terperinci oleh ustaz Fauzi seperti qadha puasa untuk si mati dari kalangan ahli keluarga dan sebagainya. Beliau membuat penjelasan kepada isu-isu yang bersifat sejagat itu dihadapan kira-kira 160 orang pendengar.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh

    Wartawan Media ISMA







    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net