.

Ramadhan Adalah Bulan Yang Cukup Mulia

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • Kota Bharu, 29 Jun: Bulan ramadhan adalah satu bulan yang cukup mulia, di antaranya ialah bulan penurunan al-Quran, bahkan sebahagian ulama’ mengatakan bahawa bulan ramadhan adalah bulan al-Quran jelas naib presiden 1 Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, ketika menyampaikan kuliah subuh di masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.

    Katanya lagi di antara keistimewaan bulan ramadhan ialah berpuasa, ianya tidak ada dalam bulan lain, kita akan berpuasa sebulan penuh selama 29 hari atau 30 hari.

    Puasa di bulan ramadhan adalah disyariatkan ketika Nabi berada di Madinah pada tahun ke-2 hijrah, kemudian ibadat zakat juga disyariatkan pada tahun yang sama. Adapaun syariat solat telah ditentukan oleh Allah pada zaman Mekah.

    Menurut ustaz Fauzi lagi, dalam permasalahan pahala pula bukan dikira seperti kiraan matematik, tetapi ia dikira mengikut sejauh mana bersungguhnya seseorang itu melakukan sesuatu ibadat, khususnya di bulan puasa seperti memberi makan kepada orang yang berbuka puasa. Ringkasnya, Allah akan beri pahala mengikut kehendakNya.

    Beberapa persoalan berkaitan permasalahan fikh semasa seperti waktu imsak di mana beliau memetik kata-kata Ibnu Hajar dengan katanya, sunnah Nabi ketika bersahur ialah makan sehingga azan, turut dikupas oleh ustaz Fauzi dihadapan kira-kira 80 ahli jemaah yang hadir.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh

    Wartawan Media ISMA




    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net