.

Usaha Untuk Mengkristiankan Orang Islam

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Kota Bharu, 31 Jan: Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, agenda kristianisasi ialah satu agenda untuk mengkristiankan orang Islam. Sebahagian orang Islam menganggap bahawa usaha-usaha untuk mengkristiankan orang islam hanyalah satu usaha yang sengaja direka-reka.

    Sebenarnya usaha untuk mengkristiankan orang Islam adalah satu usaha yang begitu lama dan sememangnya projek dan strategi kristianisasi ini ialah sebenarnya hendak mengkristiankan orang melayu islam itu sendiri, malah telah berlaku tujuh hingga lapan kali peperangan antara tentera salib dengan tentera Islam, ya betul tentera salib menang pada pusingan pertama, tetapi pusingan kedua sehingga ketujuh dan kelapan, peperangan itu telah dimenangi oleh orang-orang Islam yang dipimpin oleh salah seorangnya ialah Salahuddin al-Ayyuubiy.

    Sebab itu kata ustaz Fauzi, satu perkara yang tidak boleh dinafikan ialah berlakunya pertembungan dalam agama Allah ini memang betul-betul berlaku. Sejarah para Nabi itu sendiri telah dipenuhi dengan sejarah pertembungan antara orang-orang Islam dengan mereka  yang memusuhi islam.

    Ustaz Fauzi turut menyarankan kepada semua ahli jemaah yang hadir agar membaca surah Al-Qasas yang menceritakan bagaimana musuh-musuh Islam menggunakan pelbagai uslub untuk memusnahkan agama Allah ini.

    Dalam salah satu peperangan salib, telah berlaku satu penangkapan, King Lois 9 ditangkap dan dipenjarakan di  bumi mansurah mesir, maka ketika itu raja-raja Eropah cuba untuk menebus King Lois, maka pemimpin Islam ketika itu bersetuju untuk membebaskan King Lois dan syarat tebusan untuk membebaskannya ialah emas seberat badan Lois itu sendiri. Bila dia keluar sahaja dari penjara, bila dia pulang ke Eropah, dia menulis satu wasiat. Dia menyimpulkan, orang islam tidak akan mampu dikalahkan dengan pedang, kerana ajaran islam itu sendiri mengajak orang melawan dan menentang, cara untuk mengalahkan mereka (orang Islam) ialah dengan mengeluarkan orang islam dari agama Islam kepada mana-mana agama sedangkan tujuan asalnya ialah untuk mengkristiankan orang islam.

    Oleh itu jangan berlonggar-longgar dalam isu ini tegas ustaz Fauzi ketika mengakhiri kuliah maghrib yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang ahli jemaah masjid Mukim Lundang itu.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net