Kota Bharu, 1 Feb: Isu
Asobiyyah bila dibincangkan perlu diteliti pada nas dan syariah. Di dalam hadis,
sahabat bertanya, apakah itu asobiyyah? Rasulullah jawab, asobiyyah yang
dilarang ialah kamu menolong, membantu saudara kamu yang melakukan kezaliman
tegas Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ustaz Muhammad Fauzi
Asmuni.
Kata Ustaz Fauzi lagi, sifat
marah, sifat kepuakan (asobiyyah) bukanlah celaan secara mutlak. Ia boleh
digunakan pada tempat-tempat yang sepatutnya.
Lihatlah sejarah manusia beriman,
orang yang mula-mula beriman ialah Khadijah isterinya dan juga merupakan kaum
keluarganya, zaid bin harithah, anak angkatnya, Ali bin Abi Talib sepupunya,
adakah ini dinamakan asobiyyah, maknanya keinginan untuk memberi kebaikan
kepada kaum terdekat. Masa peringkat awal hanya 57 orang sahaja yang beriman,
daripada 57 orang ini berapa orang dari keluarga Nabi? 6 orang dari keturunan
ayahnya bani Hasyim, 6 orang dari keturunan ibunya bani zuhrah, lebih kurang
1/5 dari 57 orang. Ini bermakna semangat kebaikan untuk sesuatu kaum itu adalah
merupakan satu perkara yang terpuji, ia bukan asobiyyah sebenarnya.
Sentimen kepada bangsa, semangat puak boleh dijadikan sandaran untuk menegakkan kebaikan tidak kezaliman, celahnya lagi.
Disediakan Oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment