Musuh Kita Sebenarnya Ialah Barat

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Kota Bharu, 31 Ogos: Nabi meneruskan perjuangan kemerdekaan manusia dengan cara mendidik, membimbing isterinya, keluarga terdekatnya dan manusia sekeliling kerana generasi inilah yang akan menyambung risalah Islam, jelas ketua Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ustaz Abdul Halim Abdullah.


    Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke 56 ini, ustaz Halim mengingatkan semua ahli jemaah subuh yang hadir akan keadaan umat Islam pada hari ini yang leka dengan kehidupan, sedangkan musuh satu demi satu cuba meleraikan negara Islam, empayar Islam hilang satu persatu, empayar Uthmaniyyah, Bulgaria, Sepanyol, Pulau Batu Putih dan lainnya.

    Bukan setakat itu, masyarakat Islam dirosakkan, gejala dadah, perhubungan sosial yang rosak, keluarga bercerai berai, ramai yang murtad, gejala syiah, gejala liberalisasi dan bermacam-macam gejala yang menghancurkan aqidah dan nilai-nilai Islam. Semua itu untuk memastikan umat Islam kembali semula kepada zaman jahiliyyah.

    Kata ustaz Halim lagi, sebab itu pentingnya kita mendidik masyarakat dengan Islam, ianya satu perkara yang sangat penting, ini tugas semua, bukan terhad hanya kepada tugas ulama' sahaja. 

    Kerana itu, kita hendaklah melaksanakan Islam di dalam diri, jiwa kita dan menyebarkan Islam ke negara luar. Sifat Islam sekiranya dilaksanakan dengan baik, ia akan tersebar ke seluruh dunia, bukan hanya di masjid atau surau sahaja. Inilah yang telah dilakukan oleh para sahabat r.a.h ujarnya lagi.

    Beliau turut mengingatkan hadirin bahawa kita  sesama kita bukan musuh, musuh kita sebenarnya ialah barat, kuasa-kuasa besar dunia dan organisasi-organisasi yang cuba untuk menghancurkan Islam. sebab itulah Nabi S.A.W tahu dan amat-amat tahu bahawa umatnya bukan musuh, walaupun mereka melakukan pelbagai cara dan bentuk kesakitan terhadapnya. 

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    Lagi Gambar Sekitar Kuliah Subuh Di Masjid Telipot




    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net