Seminar Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,




  • Kok Lanas, 14 Julai; Setiap apa yang kita lakukan terhadap ibu bapa kita akan dilakukan pula oleh anak-anak kita, demikian antara ucapan perasmian seminar ibu bapa soleh anak cemerlang anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertua ISMA Kelantan Ustaz Sharipudin Ab. Kadir.

    Seminar yang berlangsung di Dewan Al-Ghazali, Politeknik Kota Bharu selama setengah hari itu telah dihadiri oleh 150 orang peserta dari pelbagai latar belakang.


    Dr Mohd Arif Bin Hj Mat Noor, penceramah jemputan dari QSI Holistic Therapy ketika mukaddimah ucapannya melahirkan rasa bangga atas inisiatif yang dianjurkan oleh ISMA Kelantan, apatah lagi 60 peratus kehadiran adalah dari kalangan anak muda yang bakal menjadi suami dan isteri katanya.


    Turut diadakan forum remaja stress yang telah disampaikan oleh Pensyarah Institut Pendidikan Guru Bandar Darul Aman, Puan Siti Aisyah Binti Abdul Hamid dan Dr Mohd Arif Bin Mat Noor.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    Lagi gambar di FB ISMA Kelantan:

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net