Mereka Berkhidmat Kepada Tetamu

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Kota Bharu 14 Julai: Ketika saya membuat lawatan ke bumi Gaza di dalam program Mile Of Smiles baru-baru ini, saya di bawa berehat seketika di tepi pantai oleh C.E.O Aman Palestin Gaza, Ir. Omar Seyam, saya lihat ditepi pantai 99.999 peratus wanita di sana berpakaian menutup aurat, mandi dengan jubah dan tudungnya sekali, kata Peruding Aman Palestin Kelantan Ustaz Sharipudin Ab. Kadir.

    Mereka mula berada ditepi pantai bermula selepas asar sehingga isya' kerana tidak ada lagi taman tempat berehat melainkan ditepi pantai Gaza. Bila masuk waktu solat, mereka akan solat berjemaah di atas pasir pantai Gaza jelasnya lagi ketika membuat sedikit perkongsian lawatan ke Palestin di dalam program Hi-Tea Amal Demimu Palestin di Dewan Jubli Perak kelmarin.


    Seramai 100 orang tetamu telah menghadiri majlis serba ringkas anjuran Aman Palestin Berhad dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kelantan itu. Cek sebanyak RM 3000 telah disumbangkan oleh seorang dermawan. Manakala derma lain masih lagi di dalam pengiraan.

    Para hadirin juga turut diraikan dengan dendangan nasyid secara spontan oleh kumpulan El-Tiezam.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    Lihat Gambar di FB ISMA Kelantan:

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net