.

Nadi Asybal Wa Zahrawat (NAZIM) Menganjurkan Program (MABIT)

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Wakaf Bharu
    : Khamis, 25 Jun, Biro Wanita ISMA Kelantan telah menganjurkan Malam Bina Iman Dan Taqwa (MABIT) bagi anak-anak kelab Nadi Asybal Wa Zahrawat (NAZIM) yang berumur 6 hingga 12 tahun bertempat di Tadika Mawaddah, Wakaf Bharu, Tumpat.

    Kehadiran para peserta untuk kali ini agak memberangsangkan. Ini semua adalah komitmen daripada para ahli ISMA untuk melihat anak-anak mereka dididik dan diasuh dengan iman dan taqwa. Beberapa ahli Kelab Remaja ISMA (KRIM) dilatih menjadi fasilitator untuk mengendalikan program anak-anak ini dengan lancar.

    Moga ahli NAZIM akan terus membesar dibawah bimbingan taqwa dan menjadi pewaris kepada dakwah ini.

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net