Seminar Pemantapan Ilmu Fekah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Kota Bharu 23 Jan; Bersempena dengan cuti tahun baru Cina kali ini, ISMA Kota Bharu mengambil peluang mengumpulkan ahli-ahli dan penyokongnya bagi memantapkan lagi kefahaman terhadap ilmu Fekah.

    Seminar yang berlangsung di pejabat ISMA Kota Bharu itu telah disampaikan oleh al-Fadhil al-Ustaz Faisal Abdullah yang menyentuh persoalan solat jumaat di dalam musafir menarik minat semua ahli yang hadir.

    Persoalan-persoalan yang agak mencabar telah diajukan oleh beberapa ahli yang hadir dan berjaya memecah kebuntuan kepada hadirin, ditambah pula dengan perkongsian yang diketengahkan secara bersama oleh TYDP ISMA Kelantan, ustaz Nik Ab. Rahim Nik Abdul Aziz dan juga YDP ISMA Kelantan, ustaz Sharipudin Ab. Kadir.



    Saudara Mohd Fareez Abdullah, penuntut di Politeknik Kota Bharu jurusan eletrik ketika ditanya mengenai program ini berkata; "Seminar ini menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan akhirat saya, justeru itu saya akan memperbaiki ibadat saya kearah yang lebih baik."

    Semoga seminar seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA





    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net