.

Jom Bina Kendiri

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Kota Bharu: Setiap benda hidup yang terdapat di muka bumi ini pasti ada penciptanya. Inilah yang cuba di kupas oleh Ustazah Arina Ab Rahman selaku ahli jawatankuasa NAZIM melalui tayangan video “Benih dan Keajaibannya" semasa program Jom Bina Kendiri yang di sertai oleh ahli Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) di pejabat ISMA Pasir Hor baru-baru ini.


    Jelasnya, seorang pengkaji barat telah mengatakan bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya. Walhal, semua penciptaan di muka bumi ini telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-quran yang menjadi panduan hidup setiap manusia,katanya lagi.


    Tambah beliau, melalui tayangan tersebut ia dapat membuktikan bahawa alam ini ada penciptanya. Ini sekali gus dapat menyangkal pendapat saintis barat.


    “Kewujudan dan kebesaran Allah s.w.t dapat dilihat melalui adanya tumbuh-tumbuhan yang hidup melata di atas muka bumi ini,” tegas beliau.


    Maha hebat Allah yang telah menciptakan alam ini yang tidak dapat diciptakan oleh manusia.









    Disediakan oleh:

    Norhaizan Razali

    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net