.

Seminar Melayu Sepakat Islam Berdaulat, Sejauh Mana Ianya Bertepatan Dengan Syariat Islam

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Kota Bharu 23 Jan; Banyak kesamaran, banyak desas desus dan banyak kekeliruan yang timbul, demikianlah yang diutarakan oleh YDP ISMA Kelantan, ustaz Sharipudin Ab Kadir semasa menyampaikan ucapan sulungnya bagi tahun 2012 ini ketika berucap di seminar Melayu Sepakat Islam Berdaulat - Sejauhmana Ianya Bertepatan Dengan Syariat Islam.

    Beliau berkata, cerminan peribadi diri yang ditonjolkan oleh orang Melayu sebelum ini banyak menggambarkan kepada perkara negatif menyebabkan orang Melayu seolah-olah hilang jatidiri. Sedangkan sejarah telah membuktikan orang Melayu sebelum tahun 1940an dahulu adalah pemimpin dan pemilik kepada bumi Malaysia

    Ekoran dari perkara tersebut dan beberapa perkara lain seperti ketuanan Melayu - menafikan hak bangsa lain di Malaysia, maka timbulnya slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat yang diketengahkan oleh ISMA untuk mengesani masyarakat Melayu Muslim bagi menyampaikan hak bangsa Melayu untuk menentukan masa depan dan hala tuju negara ini.

    Hak untuk memimpin adalah milik bangsa Melayu Muslim yang mesti dipertahankan untuk menegakkan syari'at Allah di bumi Malaysia tercinta tegasnya.

    Beliau turut menyatakan bukan maksud ISMA untuk menobatkan bahawa Melayu keturunan mulia, dari segi zuriat, darah dan warna kulit sepertimana bangsa yahudi yang berbangga dengan darah dan keturunan mereka, tetapi untuk menegaskan kepada bangsa Melayu Muslim bahawa kedudukan Melayu dan Islam mesti dikembalikan.

    Slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat ini tidak menindas bangsa lain juga bukan untuk menafikan hak orang lain, bangsa lain ada hak kewarganegaraan, mereka bebas mencari rezeki dan hidup mengikut agama mereka.



    Pengerusi Majlis Syura ISMA ini berkata bahawa bangsa adalah fitrah dan ciptaan Allah, Islam tidak hapuskan bangsa bahkan berperanan dalam menyebarkan Islam, yang salahnya ialah jika bangsa itu menafikan hak orang lain, sebab itu bangsa bukan dasar perjuangan ISMA tetapi ia adalah strategi dan pendekatan dakwah.

    Fokus kepada Melayu ialah kerana mereka merupakan majoriti dan tonggak Islam di Malaysia, bangsa Cina dan India tidak ramai, sebab itu kita perlu fokus tentang isu ini.

    Turut ditekankan ialah berkenaan Islam adalah agama akidah, hukum dan akhlak secara serentak. Sekiranya orang Cina yang bukan Muslim lebih baik akhlak dari orang Islam maka kita kata cina lebih Islam sedangkan mereka tidak beriman dengan Allah, sifat baik pada sesuatu bangsa kita tidak nafikan, tapi jangan pula kita anggap mereka lebih Islam sedangkan mereka tidak beriman kepada Allah. Sebab itu kita perlu melihat pada iman dahulu walaupun seseorang itu adalah pencuri dan sebagainya.

    Ustaz Sharipudin turut mengingatkan bahawa musuh sentiasa memainkan peranan mereka untuk menghilangkan jatidiri orang Melayu, mereka mahu Melayu rasa tidak layak dalam segala segi yang akhirnya mereka (para musuh) yang untung.

    Adapun hak bangsa Muslim lain yang ada di Malaysia, mereka adalah saudara kita di dalam Islam, tetapi bangsa Melayu adalah majoriti yang mempunyai hak kepemimpinan. Lantaran beberapa perkara yang disebutkan di atas tadi maka ISMA mengambil langkah dan tanggungjawab untuk tidak mahu melihat bangsa Melayu hilang haluan, tunduk kepada agenda orang lain dan juga boleh dijual beli atau dipolitikan. Oleh kerana itulah, maka slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat diwar-warkan agar Melayu kembali kepada jatidiri sebagai pemimpin Islam sebagaimana yang telah dicipta oleh bangsa Melayu sebelum dijajah pada zaman dahulu .

    Allahu Akbar, Walillaahil Hamd.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA






    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net