Rehlah Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) 2012

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,


  • Kota Bharu, 27 Jan - Tanpa kurniaan nikmat air dari Allah s.w.t manusia tidak akan dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna, demikian kata Ustaz Sidek bin Mamat semasa rehlah yang di sertai oleh ahli Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) di Taman Tengku Anis baru-baru ini.

    Jelasnya, kita perlu menjadi muslim yang sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t di atas segala nikmat kurniaanNYA nescaya Allah akan menambahkan lagi nikmat kepada kita.

    Sebahagian besar muka bumi ini diliputi oleh air seperti yang telah dinyata dalam al-quran dalam surah an-Naba’ yang bermaksud “Dan kami turunkan dari awan,air hujan yang tercurah dengan hebatnya”,katanya.

    Walaupun demikian, kita haruslah berjimat-cermat supaya tidak membazir kerana membazir itu amalan syaitan, tambah beliau.



    Subhanallah, hebatnya Allah kerana air hujan yang dicurahkan atas muka bumi ini begitu unik, tidak memusnahkan sedikit pun isi muka bumi ini walaupun hujan begitu lebat.

    Disediakan oleh:
    Norhaizan Razali
    Wartawan Media ISMA





    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net