.

Qiamullail Wanita ISMA Kelantan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Kota Bharu, 27 Jan - Hakikat kebahagiaan bukan pada banyaknya harta tapi dengan tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t jelas Ustazah Rohana Yahya hari ini.

    Ketua Tarbiyah Wanita Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA ) cawangan Kelantan itu berkata, kebahagiaan tidak akan dicapai hanya dengan kemewahan harta, rumah dan syahwat semata-mata.

    Tambah beliau lagi, kebahagiaan itu dapat dicapai apabila ketaatan kepada Allah s.w.t tinggi dan mencapai jangkauan dirinya.

    Dengan memetik kata-kata Al-Imam As-Syahid Hasan al-Banna R.H.M, "Saya telah banyak mengkaji, banyak mencuba, banyak bergaul dan mengalami pelbagai peristiwa. Hasil dari tinjauan yang pendek tempohnya tetapi panjang peringkat-peringkatnya ini, saya mendapat iktikad yang teguh dan tidak bergoncang bahawa kebahagiaan yang didambakan oleh seluruh manusia terdapat di dalam jiwa dan hati mereka sendiri, tidak datang dari luar jiwa ini selama-lamanya", sebab itulah hati yang sentiasa berhubung dengan Allah adalah punca kepada kebahagiaan, tegasnya.


    Disediakan oleh :
    Nor Shahida Abd Gani
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net