Pasir Puteh, 25 Ogos: Jam
11 pagi adalah detik terakhir kehidupan Tok Ayah Man 80, bapa kepada Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman. Beliau yang
sihat seperti biasa tiba-tiba mengadu kepada isteri dan anaknya rasa sakit di
atas tulang belakang antara dua bahunya. Sejurus selepas mengadu rasa sakit
tersebut beliau pun pergi bertemu Allah s.w.t di rumahnya di kampung Golok
(moga rohnya mendapat keampunan dan keredhaan Allah Azza Wajalla dan
ditempatkan oleh Allah bersama-sama para Nabi, Siddiiqiin, syuhadaa’ dan
soolihiin).
Solat jenazah telah disempurnakan
selepas solat asar hari yang sama pada jam 5.10 petang. Jenazah telah
dikebumikan di tanah perkuburan kampong Gong Manok, Pasir Puteh.
Turut hadir semasa pengebumian ialah
Yang Dipertua ISMA Kota Bharu, Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz, setiausaha
ISMA Kota Bharu, Malek Raduan, ahli-ahli ISMA, ahli keluarga ustaz Abdullah,
bekas Kadi Kota Bharu ustaz Mohd Daud Bin Yusoff dan masyarakat setempat.
Manakala ustaz Abdullah Zaik
ketika dihubungi Media ISMA pada jam 3.29 petang tidak sempat menatap wajah
terakhir bapanya kerana tiket kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu
sudah penuh, beliau dan keluarganya terpaksa menaiki kenderaan persendirian
untuk pulang menziarahi pusara bapanya.
Semoga Allah memberi kesabaran
kepada ustaz Abdullah dan keluarganya atas musibah ini, sesungguhnya saat
kematian itu pasti tiba kepada setiap jiwa dan sesungguhnya kita adalah milik
Allah dan kepada Allahlah kita kembali.
Disediakan oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
Lagi gambar-gambar sekitar pengebumian:
Bersama bekas kadi daerah Kota Bharu ustaz Mohd Daud Bin Yusoff yang terkenal dengan panggilan ayah Ngah 85, juga merupakan teman sepengajian di pondok dan di Mesir dengan Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment