.

Hadiah Dari Allah S.W.T

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • Kota Bharu, 27 Julai: Malam yang paling mulia dalam setahun, ialah 10 malam terakhir pada bulan ramadhan yang mempunyai  ganjaran yang besar dari Allah s.w.t, dan di dalamnya terdapat “lailatul qodr”, ia adalah merupakan malam hadiah dari Allah s.w.t, berupa pahala 1000 bulan dan amalan 1000 bulan adalah merupakan satu amalan yang tidak mampu dilakukan oleh umat Muhammad s.a.w secara berterusan, jelas naib presiden 1 ISMA, ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

    Katanya lagi, Imam Syafie menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 2 kali sehari semalam di sepuluh ramadhan terakhir, manakala imam Ahmad pula solat sunat pada setiap malam ramadhan sebanyak 300 rakaat. Begitu juga imam Malik yang ditohmah oleh orang kerana kurangnya ibadat, dia menjawab, manusia dalam melakukan ibadat seperti mendapat rezeki, dan ibadat aku adalah mengajar dan menulis, dan kitab al-muwatto’ karangan beliau adalah merupakan kitab pertama yang ditulis di dalam Islam, tetapi pada bulan ramadhan beliau berhenti mengajar kerana ingin menumpukan pembacaannya kepada al-Quran.

    Ujarnya lagi, Tidak semua orang berpeluang menghabiskan ramadhan dan peluang hanya datang sekali, kita kena ubah jadual dan ubah kehidupan pada 10 terakhir ramadhan, kalau kita tidak mampu untuk mengubah jadual, maka kita tidak mampu menghadapi 10 ramadhan terakhir. Ini kerana ia adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w yang mengikat kainnya dengan kemas  dengan maksud untuk melakukan amalan dengan bersungguh-sungguh atau mengikut setengah pendapat ulama’, ia juga bermaksud Rasulullah s.a.w tidak menggauli isterinya di sepuluh terakhir ramadhan.

    Kuliah subuh yang disampaikan di masjid Mukim Lundang itu telah dihadiri oleh kira-kira 70 ahli jemaah dari kalangan penduduk setempat.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh

    Wartawan Media ISMA


    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net