Kota Bharu, 1 Feb: Keikhlasan adalah merupakan satu perkara yang akan
dihukum berdasarkan kepada niat dan keikhlasan, berapa banyak perkara-perkara
atau amal yang besar menjadi kecil disisi Allah kerana niat, berapa banyak
amalan yang kecil tetapi menjadi besar disisi Allah kerana niat, tegas ustaz
Muhammad Fauzi Asmuni di masjid Mukim Telipot, Kota Bharu.
Ustaz Fauzi turut menarik
perhatian ahli jemaah dengan menjelaskan secara panjang lebar tentang Islam,
katanya Islam agama risalah, agama dakwah, agama yang syumul, apa sahaja
perkara yang bersangkut paut dengan kehidupan ada dalam Islam. Tabiat agama
yang dibawa oleh Nabi-Nabi sebelum Nabi muhammad S.A.W mereka datang dengan
agama dakwah. Tetapi apabila turun saja risalah maka akan berlakulah
pertembungan itulah yang dinamakan peraturan alam.
Katanya lagi mengenai
pertembungan, orang yang paling alim, paling pandai, paling disayangi, akhirnya
akan dimusuhi, sepertimana Rasulullah S.A.W yang asalnya dihormati dan
dipanggil al-amin tetapi akhirnya dimusuhi. Inilah tabiat yang terdapat dalam
Islam. Beliau turut membacakan ayat al-Quran yang bermaksud: “Demikianlah bagi
setiap umat itu ada musuh-musuhnya, ada pendosa-pendosanya”.
Beliau turut membawa kisah Nabi
S.A.W yang pernah bertanya kepada Waraqah bin Naufal, apakah mereka akan
mengeluarkan aku? Lalu Waraqah menjawab tidak ada satu nabi pun yang tidak
disakiti.
Ekoran itu ustaz Fauzi mengajak
ahli jemaah yang hadir melihat kembali sejarah yang berlaku kepada negara Iraq,
katanya lagi, amerika kata mereka menyerang bumi Iraq kerana nuklear, selepas
itu kerana Saddam Hussein, Saddam Hussein dibunuh, mereka merompak segala
minyak yang ada di bumi Iraq. Mereka tetap tidak keluar, memang benarlah ayat
Allah yang bermaksud, mereka akan terus menerus memerangi kamu, sehinggalah
mereka mengeluarkan kamu dari agama kamu kalau sekiranya mereka mampu.
Musuh-musuh Allah ini, permusuhan
mereka hanyalah dengan agama Islam, jika kita perhatikan betul-betul, kita akan
mendapati matlamat terakhirnya yang sebenar ialah menghapuskan agama, jelasnya
lagi.
Berkaitan dengan sejarah awal
kedatangan Islam di rantau ini, ustaz Fauzi menjelaskan bahawa agama Islam di
rantau ini telah masuk melalui Champa di Vion (Vietnam sekarang) dan Acheh
serambi Mekah. Islam datang ke Champa di zaman awal-awal Islam, datangnya pada
zaman Bani Umayyah. Dan ada pendapat yang mengatakan ianya datang pada zaman
pemerintahan Usman Bin Affan lagi.
Kerajaan Champa pernah menguasai
lima buah negeri di Vion yang jarak perjalanannya dari awal perjalanan hingga
ke akhir perjalanan ialah 1300 kilometer, akhirnya jatuh dan terhapus terus di Vion
(Vietnam sekarang) kerana permusuhan yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah,
jelas ustaz Fauzi dihadapan kira-kira 700 ahli jemaah yang hadir.
Sayyidina Umar pernah berkata,
akan terbuka simpulan Islam satu persatu, simpulan ini akan terbuka bila
membesarnya sesuatu generasi, mereka tidak faham dan mengerti tentang
jahiliyyah. Oleh itu tugas kita ialah
menjaga keaslian agama ini dalam bentuk yang pelbagai dan sesuai dengan suasana
dan keadaan, saran ustaz Fauzi.
Disediakan Oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment