Kota Bharu, 1 Feb: Isu
Asobiyyah bila dibincangkan perlu diteliti pada nas dan syariah. Di dalam hadis,
sahabat bertanya, apakah itu asobiyyah? Rasulullah jawab, asobiyyah yang
dilarang ialah kamu menolong, membantu saudara kamu yang melakukan kezaliman
tegas Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ustaz Muhammad Fauzi
Asmuni.
Katanya lagi, Ibnu Khaldun telah hidup
pada kurun ke 14 yang merupakan kurun terakhir bagi kekuatan umat islam dan kurun
ke 15 Andalus mula jatuh, begitu juga di tempat kita mulanya kekuatan umat
Islam menurun pada kurun tersebut. Sebab itulah Ibnu Khaldun yang merupakan salah seorang ulama Tunis ini
telah berkata, asobiyyah ini sama dengan sifat marah, di mana kedua-dua sifat
ini asalnya dicela tetapi boleh digunakan pada tempatnya seperti marah ketika
berperang, jelasnya.
Kata Ustaz Fauzi lagi, sifat
marah, sifat kepuakan (asobiyyah) bukanlah celaan secara mutlak. Ia boleh
digunakan pada tempat-tempat yang sepatutnya.
Lihatlah sejarah manusia beriman,
orang yang mula-mula beriman ialah Khadijah isterinya dan juga merupakan kaum
keluarganya, zaid bin harithah, anak angkatnya, Ali bin Abi Talib sepupunya,
adakah ini dinamakan asobiyyah, maknanya keinginan untuk memberi kebaikan
kepada kaum terdekat. Masa peringkat awal hanya 57 orang sahaja yang beriman,
daripada 57 orang ini berapa orang dari keluarga Nabi? 6 orang dari keturunan
ayahnya bani Hasyim, 6 orang dari keturunan ibunya bani zuhrah, lebih kurang
1/5 dari 57 orang. Ini bermakna semangat kebaikan untuk sesuatu kaum itu adalah
merupakan satu perkara yang terpuji, ia bukan asobiyyah sebenarnya.
Sentimen kepada bangsa, semangat puak boleh dijadikan sandaran untuk menegakkan kebaikan tidak kezaliman, celahnya lagi.
Ustaz Fauzi turut membuat
persoalan dengan katanya, kenapa orang-orang kafir Quraisy mengepung bani
Hasyim dan bani Muttalib? Kerana Islamnya Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Umar. Ketika
bani Hasyim dan bani Muttalib diboikot atau dikepung selama 3 tahun, samaada Islam atau tidak semuanya
dikepung. Ini menunjukkan kekuatan kepuakan yang telah dimeterai oleh dua bani
tersebut digunakan sebaik-baiknya oleh Rasulullah untuk mempertahankan dirinya
dan orang-orang Islam yang bersama dengannya.
Disediakan Oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment