Sebenarnya
usaha untuk mengkristiankan orang Islam adalah satu usaha yang begitu lama dan
sememangnya projek dan strategi kristianisasi ini ialah sebenarnya hendak
mengkristiankan orang melayu islam itu sendiri, malah telah berlaku tujuh
hingga lapan kali peperangan antara tentera salib dengan tentera Islam, ya
betul tentera salib menang pada pusingan pertama, tetapi pusingan kedua
sehingga ketujuh dan kelapan, peperangan itu telah dimenangi oleh orang-orang
Islam yang dipimpin oleh salah seorangnya ialah Salahuddin al-Ayyuubiy.
Sebab itu kata ustaz Fauzi, satu perkara yang tidak boleh dinafikan ialah berlakunya pertembungan dalam agama Allah ini memang betul-betul berlaku. Sejarah para Nabi itu sendiri telah dipenuhi dengan sejarah pertembungan antara orang-orang Islam dengan mereka yang memusuhi islam.
Ustaz
Fauzi turut menyarankan kepada semua ahli jemaah yang hadir agar membaca surah
Al-Qasas yang menceritakan bagaimana musuh-musuh Islam menggunakan pelbagai
uslub untuk memusnahkan agama Allah ini.
Dalam
salah satu peperangan salib, telah berlaku satu penangkapan, King Lois 9
ditangkap dan dipenjarakan di bumi
mansurah mesir, maka ketika itu raja-raja Eropah cuba untuk menebus King Lois,
maka pemimpin Islam ketika itu bersetuju untuk membebaskan King Lois dan syarat
tebusan untuk membebaskannya ialah emas seberat badan Lois itu sendiri. Bila
dia keluar sahaja dari penjara, bila dia pulang ke Eropah, dia menulis satu
wasiat. Dia menyimpulkan, orang islam tidak akan mampu dikalahkan dengan pedang,
kerana ajaran islam itu sendiri mengajak orang melawan dan menentang, cara
untuk mengalahkan mereka (orang Islam) ialah dengan mengeluarkan orang islam
dari agama Islam kepada mana-mana agama sedangkan tujuan asalnya ialah untuk
mengkristiankan orang islam.
Oleh
itu jangan berlonggar-longgar dalam isu ini tegas ustaz Fauzi ketika mengakhiri
kuliah maghrib yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang ahli jemaah masjid Mukim
Lundang itu.
Disediakan
Oleh:
Abu
Hafizoh
Wartawan
Media ISMA
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment