Katanya
lagi, tidak ada kuasa manusia yang boleh mengubah dan mengganggu ayat-ayat suci
al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. pernah terjadi Baginda S.A.W ditanya oleh
orang-orang kafir Quraisy, kenapa mukjizat tidak diturunkan kepada mereka,
jawab Rasulullah S.A.W, sesungguhnya mukjizat itu milik Allah dan Dia akan
turunkan kepada mereka yang dipilih olehNya.
Ambillah
manfaat dengan berita-berita, kesan-kesan dan bukti-bukti sejarah yang terdapat
di dalam al-Quran, sepertimana kisah fir’aun yang jasadnya masih ada di bumi
Mesir. Kalau berita-berita dalam surat khabar, ianya akan diingat untuk dalam
tempoh sebentar. Tetapi al-Quran tidak begitu, bagi orang-orang yang
mentadabbur ayat-ayat al-Quran, mereka akan mendapati apa yang telah berlaku,
sedang berlaku dan akan berlaku serta menghidupkan jiwa-jiwa orang mukmin,
nasihat ustaz Muhammad kepada 30 orang ahli jemaah yang hadir.
Dalam
pada itu ustaz Muhammad turut menekankan akan kepentingan taubat, katanya, mintalah
keampunan dari Allah daripada dosa-dosa yang dilakukan, Allah Maha Pengampun,
sifat pengampunanNya mengatasi keampunan manusia. Allah sangat-sangat suka
kepada orang yang beristighfar.
Kesedaran
adalah satu taufik dari Allah, sepertimana yang berlaku kepada seorang
penjenayah yang ingin bertaubat dan telah membunuh 99 orang dan
menyempurnakannnya sehingga seratus orang dek kerana orang yang terakhir
dijumpainya memberitahu padanya bahawa taubatnya tidak akan diterima oleh
Allah.
Begitu
juga firaun, saat nazaknya , ketika hampir tenggelam di dalam laut, dia
bertaubat dengan beriman kepada Robb Musa dan Harun, tetapi Allah tidak terima
taubatnya kerana pintu taubat sudah ditutup.
Ganjaran
dari Allah, ada yang diberikan terus di dunia dan ada yang disimpan untuk
dikutip hasilnya pada hari akhirat jelas ustaz Muhammad di akhir kuliahnya.
Disediakan
oleh:
Abu
Hafizoh
Wartawan
Media ISMA
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment