Katanya lagi, di dalam ayat
al-Quran, Allah bertanya, apakah Kami tidak memanjangkan umur kamu?, mengikut
pendapat Ibnu Abbas, umur 60 tahun sudah dikira umur panjang, manakala pendapat
kedua mengatakan , istilah umur panjang 18 tahun, pendapat ketiga mengatakan
umur 40 tahun, manakala pendapat ke empat pula ialah ketika berumur baligh.
Ana (Saya) pernah mendengar orang
tua kecek (bercakap), dia kata bila umur 40 tahun, kalau masih lagi tidak
berubah dengan umur seperti itu, tidak ada hari lagi untuk berubah, tidak ada
masa lagi untuk berubah. Sebab itu, bermula dari sekarang, kita ada peluang
lagi untuk bermuhasabah dan membaiki segala kekurangan kita.
Beliau turut menekankan tentang
umur manusia, katanya, ahli tafsir berpendapat, kalau umur bertambah panjang,
maka dia adalah orang yang berhak untuk berfikir, ruangnya untuk berfikir
adalah banyak.
Katanya lagi, al-Quran yang kita
baca hari ini, al-Quran inilah yang dibaca pada zaman Rasulullah S.A.W, cubalah
lihat dan tengok makna-makna yang ada di dalam ayat al-Quran agar ianya memberi
bekas kepada jiwa-jiwa dan perasaan kita semua.
Bila turun ayat Surah An-Nasr,
Rasulullah S.A.W memberitahu Aisyah isterinya, bahawa ajalnya telah hampir, Sayyidina
Umar al-Khattab bertanya kepada Ibnu Abbas, apakah ayat ini menekankan agar
beristighfar? Maka jawab Ibnu Abbas, tidak, tetapi ianya menandakan, saat
hampirnya Rasulullah dengan kewafatan. Bermula dari turunnya ayat inilah,
Rasulullah S.A.W akan memuji Allah dan memohon keampunan kepadaNya di dalam
rukuk dan sujudnya.
Bila cukup tempoh 60 tahun, Allah
tidak akan beri ruang untuk berhujah dihadapanNya, kerana rahsia akan
berlakunya kiamat telah dibongkar oleh Allah keseluruhannya. Tidak ada seorang
doktor pun yang boleh mengkhabarkan tentang saat kematian kita ujar ustaz Muhammad semasa mengakhiri kuliah maghrib tersebut..
Kuliah maghrib yang berlangsung
di masjid mukim Lundang itu dihadiri oleh kira-kira 50 ahli jemaah dari
kalangan penduduk setempat.
Disediakan Oleh:
Abu Hafizoh
Wartawan Media ISMA
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment