.

Zaman Batu Tidak Pernah Wujud

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,

  • KOTA BHARU, 9 Mac: Penipuan sejarah hidup manusia telah digembar-gemburkan secara meluas oleh orientalis barat melalui pelbagai bentuk hebahan, baik melalui penulisan atau audio video kata Dr. Yusri Musa, Pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di dalam program kempen selamatkan ummah anjuran Maahad Darul Anuar dengan kerjasama Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kelantan baru-baru ini.

    Dalam pada itu beliau turut memaparkan kepada peserta garis masa zaman pra-sejarah perkembangan manusia yang bermula dari zaman batu, gangsa, logam dan zaman moden yang membuat dakwaan pelik seperti tidak tahu apa-apa, tidak tahu bercakap, tidak ada bahasa dan tidak ada peradaban.

    Orientalis barat mengisytiharkan ia adalah zaman purbakala yang dipercayai oleh kebanyakan manusia hari ini. Ini adalah satu penipuan yang jauh tersasar dari syariat Allah dan Sunnah Rasul S.A.W tegasnya.

    Dr. Yusri turut mempersoalkan tentang dakwaan orientalis barat yang mengatakan orang zaman dahulu asalnya tinggal di dalam gua seperti binatang, sedangkan Nabi Allah Adam A.S sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak seperti manusia yang waras, sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.

    Nabi Nuh A.S sudah pandai membuat bahtera yang begitu besar sepertimana yang terdapat di dalam al-Quran jelas menyangkal dakwaan para orientalis barat yang mengatakan bahawa manusia pada zaman dahulu melalui proses kehidupan yang tidak bertamadun. Amat jelas, zaman batu, gangsa, logam tidak pernah wujud katanya.

    Aktivis KRIM, saudara Mohd Razib Abdul Rahim 31 berkata, Charles Darwin dan para pendokong teori evolusi telah menyebar luaskan fahaman ini sehingga di dalam buku sejarah yang diguna pakai oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Sebab itulah KRIM mengambil langkah untuk membuat penjelasan kepada pelajar-pelajar mengenai sejarah sebenar kewujudan manusia di sekolah-sekolah yang dipilih di negeri Kelantan.

    Sementara itu seorang peserta Nik Mohd Farhan Bin Nik Mohd Zaini 18 berkata, dengan program seperti ini saya bertambah yakin bahawa asal kewujudan manusia sebenarnya bermula dengan sejarah Nabi Adam, Nuh, Hud A.S sehinggalah Nabi Muhammad S.A.W dan seterusnya sampai kepada kita. Teori evolusi yang saya belajar di sekolah sebenarnya jauh tersasar dari Islam dan sejarah asal ketamadunan manusia.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh

    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net