.

Jaga Agama

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,


  • KOTA BHARU 30 Mac: Umat Islam perlu memahami objektif syariah Islam dengan jelas dan teratur, ianya bermula dengan penjagaan Agama yang membawa maksud tidak boleh dibuat main-main, begitu juga dengan nyawa, akal, maruah dan harta kata ustaz Kamarudin Awang Mat pensyarah dari Universiti Zainal Abidin (UnisZA) Terengganu, ketika membuat penjelasan berkenaan usul fiqh di pejabat ISMA Kelantan baru-baru ini.

    TYDP ISMA Kuala Terengganu itu juga turut mengingatkan peserta yang hadir agar sensitif dengan isu ini kerana ianya adalah asas utama kehidupan setiap muslim.

    Salah seorang peserta, ustaz Osman Mohd Noor berkata, satu perkara penting yang saya dapat dalam seminar ini ialah jika berlaku pertembungan antara agama dan maruah, maka agama hendaklah diutamakan.

    Manakala saudara Abdul Rahim Osman dari Kelab Remaja ISMA (KRIM) ketika ditanya wartawan berkata, saya sudah biasa mendengar tentang perkara ini, tetapi tidak mendapat maklumatnya secara terperinci seperti hari ini, dari sudut urutan penjagaan Agama yang paling utama kemudian baru nyawa, akal, maruah dan harta.

    Sementara itu saudara Abdul Hilmi Sarnurdin pula berkata, saya seolah-olah mendapat ilmu baharu bila ustaz Kamarudin menyatakan bahawa soal pokok perbincangan dan penekanan utama kepada kehidupan manusia di dalam al-Quran bermula dengan aqidah dahulu, kemudian syariat yang di dalamnya terdapat dua hubungan, iaitu ibadat dengan Allah dan akhlak manusia. Saya juga tertarik bila ustaz menyatakan bahawa di dalam al-Quran terdapat sebanyak 70 ayat yang membincangkan bab kekeluargaan, 70 ayat bab harta dan jual beli, 13 ayat bab perundangan, 30 ayat bab jenayah, 10 ayat bab sistem pemerintahan, 10 ayat bab hubungan antarabangsa, ekonomi dan sebagainya.

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net