.

Karnival Sukan Wanita ISMA Kelantan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Pasir Puteh: 2 April - Biro Wanita ISMA kelantan telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan Wanita ISMA bertempat di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh. Kehadiran seramai 70 orang peserta dari pelbagai tempat mengeratkan lagi ukhuwwah yang sudah lama terjalin.



    Karnival ini bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 8 pagi dan diteruskan dengan majlis perasmian Karnival Oleh Ketua Wanita ISMA Kelantan Ustazah Wan Azilah Binti Wan Abdullah. Beliau berkata: "Kita mesti menjaga kesihatan supaya seiring dengan kerja amal dakwah kita sebagaimana mafhum hadis Nabi " Allah lebih mengasihi orang yang kuat dari yang lemah". Seterusnya dengan nama Allah beliau merasmikan Karnival Sukan Wanita ISMA Kelantan.


    Ketua Wanita ISMA Kelantan Ustazah Wan Azilah
    Berucap Ketika Merasmikan Karnival Sukan ISMA Kelantan

    Karnival sukan kali ini membawa mottonya yang tersendiri iaitu "Badan Cergas, Minda Cerdas, Dakwah Mantap". Motto yang amat mendalam maknanya ini cuba diiterjemahkan di dalam senamrobik, bola jaring dan sukaneka. Dalam pada itu Para peserta turut diuji dengan kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.

    Pemeriksaan kesihatan secara percuma turut diadakan dan diketuai oleh doktor Mahana Sidik dan dibantu oleh doktor Nurul Izza Yunus. Karnival diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan cabutan bertuah. Permainan bola jaring telah dimenangi oleh pasukan PEMBINA A.

    Media ISMA Kelantan

    Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam oleh Media ISMA Kelantan:-



    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net