.

Lawatan JKP ISMA Pusat

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Kota Bharu 26 Mac – Lawatan JKP ISMA Pusat yang diketuai oleh Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik pada kali ini memberi nafas baru kepada ahli-ahli ISMA dan juga para pendokongnya. Seramai 70 orang ahli dan pendokong dakwah ISMA telah turut serta di dalam pertemuan ini.


    Ustaz Abdullah Zaik Presiden ISMA


    Ustaz Abdullah Zaik ketika memulakan ucapannya dengan kata-kata “bahagia” kerana itulah cara dan gerak kerja kita. Kita menghadirkan nikmat Allah Taala di dalam dakwah kita, kita akan rasa bahagia. Apa yang kita sumbangkan kepada dakwah kita, kita akan bahagia. Kalau tidak rasa bahagia, itu bermakna kita ada masalah dalam tarbiyyah.


    Apa yang kita buat ialah “sandarannya” pada iman. Keaktifan amal kita ialah bergantung kepada iman. Kita akan terus menekankan persoalan iman sampai bila-bila masa pun. Perkara yang paling utama sekali yang menggerakkan amal kita ialah iman.


    Perkembangan dakwah ISMA


    Berlakunya satu perlumbaan yang sihat dalam mengembangkan dakwah di negeri masing-masing. Alhamdulillah kita kembangkan dakwah kita daripada satu tahap kepada satu tahap. Sekarang kita focus Media, tidak ada tolak ansur di dalam Media.


    Ketika saya bertemu Sheikh Ahmad Ar-Rashid, beliau berpesan pada saya, Kalau ISMA nak maju kena buat 4 perkara antaranya ialah. keluarkan fikrah secara bertulis, Alhamdulillah kita telah memulakannya, melaksanakan penerbitan, mengeluarkan tokoh dan sebagainya.


    Walaupun kita banyak bercakap tentang tarbiyyah ruuhiyyah, iman , tetapi kita tidak ketinggalan di dalam pengurusan yang digunakan oleh mana-mana organisasi hari ini. Masih banyak lagi kerja yang mesti kita lakukan, kita masih berada diperingkat awal, masih banyak kerja yang kita kena lakukan. Kita perlu ada pengembangan dari segi content dan manhaj. Mesti ada penambahan dari segi nilai dan aspek-aspek lain.


    Antara JKP ISMA Pusat yang hadir dan di kanan sekali

    YDP ISMA Kelantan Ustaz Sharipudin Ab Kadir



    Antara ahli dan pendokong dakwah ISMA Kelantan yang hadir


    Dan begitulah seterusnya ucapan-ucapan yang berbentuk seruan, saranan,cadangan, sejarah, tabiyyah, siasah, muhasabah dan sebagainya telah dibentangkan oleh Presiden ISMA. Pada akhirnya beliau memperuntukkan masa selama setengah jam untuk bertukar-tukar fikiran dengan semua yang hadir.


    Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net