YDP ISMA Kelantan Ustaz Sharipudin Ab Kadir, dua dari kanan
Semua peserta memulakan perjalanan dengan perasaan penuh kegembiraan serta semangat juang yang tinggi. Tidak cukup dengan menggunakan dua buah bas, sebanyak 3 buah kereta digunakan untuk menampung jumlah peserta yang ramai daripada cawangan ISMA Kelantan. Jumlah keseluruhan adalah 94 orang.
Turut serta, Ustaz Othman Muhamad TYDP ISMA Kelantan
Setelah 8 jam perjalanan, semua peserta tiba di Kuala Lumpur. Pada pukul 8.00 hingga 8.40 pagi, semua peserta mula mendaftar untuk mengikuti KOBANNA di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kampus Putrajaya.
Ketua wanita ISMA Kelantan Ustazah Wan Azilah kiri sekali
Bersama Saudari Sala Norhazura ketua Beliawanis Persatuan Belia Islam (PEMBINA) Kelantan
Tepat jam 9.20 pagi 30 Januari 2010 KOBANNA telah dimulakan dengan bacaan alunan gema wahyu. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan pendahuluan oleh Pengarah Program KOBANNA, Ustaz Wan Hisham bin Wan Embung.
Semua peserta mendengar ucaptama tersebut dengan penuh khusyuk. Disamping itu beliau turut mengumumkan pendirian ISMA untuk menyusun gerak kerja menjurus kepada gagasan membangunkan semula keperibadian Melayu sebagai umat yang memiliki risalah.
· Membina jatidiri atas keperibadian Islam yang betul
· Bersatu atas satu agenda
· Menjadi bangsa yang kuat
· Memimpin agenda Islam
Beliau mengakhiri ucapannya dengan merasmikan KOBANNA.
Orang ramai dan peserta yang turut hadir
Seterusnya pada jam 11.30 pagi, Kertas Kerja 1 dibentangkan oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi b. Hj. Alias (Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia "HRD" ISMA Pusat). Kertas kerja ini bertajuk “Pemikiran Al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Dua Agenda”
Tepat jam 2.30 petang, semua peserta telah berkumpul di Dewan Seri Sarjana, UNITEN untuk mendengar pembentangan Kertas Kerja 2 oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Abd. Rahman dengan tajuk “Pandangan Hasan Al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Pelaksanaannya di Malaysia”. Beliau membahaskan tentang gambaran menyeluruh mengenai pandangan Al-Banna terhadap agenda pembangunan ummah serta menilai kepentingan pelaksanaan agenda ini di Malaysia.
Pada jam 3.45 hingga 3.55 petang, sedikit tayangan slide dipersembahkan. Seterusnya program disambung dengan pembentangan Kertas Kerja 3 oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni bertajuk “Memikul Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak”. Pembentangan tersebut tamat pada 4.50 petang dan sesi soal jawab tamat pada 5.10 petang.
Media ISMA Kelantan
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment