Antara peserta yang hadir
Berbicara mengenai sirah Hijrah Rasulullah saw, Ustaz Sharipuddin lebih memberi tumpuan dan mengaitkan peristiwa ini dengan peranan golongan belia. Dengan menitik beratkan persediaan awal yang betul, yakni iman yang mendalam (iman amiiq), mengambil asbab musabbab dalam melakukan amal islah melalui perancangan, pembentukan yang tersusun (takwin daqiq) serta melakukan amal tarbawi secara berterusan (amal mutawasil), Ustaz Sharipuddin menyeru agar golongan belia mengambil pelajaran dan pedoman dari apa yang telah dilakukan oleh mereka yang telah lalu, sejak zaman Rasullah saw dan para sahabat (seperti peristiwa Hijwah) sehinggalah golongan yang mengikuti mereka selepas itu.
Mengetahui akan pendeknya umur umat ini, amatlah penting pembentukkan generasi pelapis dakwah diberi perhatian dari sekarang, sepertimana yang telah dilakukan oleh ISMA secara umumnya.
Program ini kemudiannya disusuli dengan sesi soal jawab dan tayangan video keadaan umat Islam.
Sebelum mengakhiri sesi pertemuan pagi ini, sesi taaruf dan makan bersama dilakukan untuk merapatkan hubungan ukhuwwah sesama peserta dari pelbagai daerah dan tempat.
Antara pengajaran dari peristiwa Hijrah:
1. Pengorbanan dari pelbagai aspek seperti harta, tenaga dsb,
2. Semua golongan harus berperanan, kecil atau besar, mengikut kemahiran masing-masing,
3. Melakukan kerja islah tidak dapat tidak perlu kepada perkumpulan/jamaah
4. Perancangan yang teratur dan rapi serta mengambil kira sunnatullah di alam ini adalah amat penting dalam gerak kerja dakwah. Apabila telah sempurna semuanya, selepas itulah kita bertawakkal,
5. Seruan dakwah perlu disampaikan kepada semua golongan, lebih-lebih lagi mereka yang ada hubungan kekeluargaan dengan kita.
* Maaf atas keterlambatan berita ini dipublishkan di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. (Ketua Pengarang)
Media ISMA Kelantan
0 Komentar Pembaca:
Post a Comment