.

Dairi Aceh - dari YDP ISMA Kelantan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label: ,
  • Perjalanan diteruskan lagi dari bandar Lhoksemawe ke Banda Acheh. Perjalanan malam memakan masa sekitar enam jam dan menjejaki bumi Acheh seawal subuh. Kami dijemput oleh wakil PKPU Banda Acheh ke pejabatnya . Di sini juga ditempatkan 10 orang anak yatim tsunami. Kami dimaklumkan terdapat lebih 300 rumah anak yatim di seluruh Acheh yang ditaja oleh pelbagai badan amal dan yayasan dalam dan luar negara.

    Setelah berehat untuk beberapa ketika, tepat jam 9 pagi kami dibawa melawat ke tempat-tempat penting untuk melihat kesan tsunami. Antaranya sebuah masjid di persisiran pantai yang masih kekal dengan binaan asal walaupun bangunan-bangunan lain disekelilingnya telah ranap. Beberapa keluarga yang berada di dalam masjid terselamat walaupun pada mulanya mereka berpisah.

    Dalam perjalanan meronda sekitar Banda Acheh , kami terpegun melihat sebuah kapal tangki berada jauh di daratan. Kapal tersebut telah dihumban ke darat sejauh 5 kilometer semasa badai tsunami melanda. Ianya dikekalkan tempat asal oleh pemerintah Indonesia dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

    Kami sempat mengambil beberapa gambar sebagai kenangan perjalanan kami ke Acheh. Apa yang penting ialah imbasan kembali suasana ketika badai tsunami melanda. Dikatakan ombak setinggi pokok kelapa dengan ganas menghempap bumi Acheh. Suasana hiruk pikuk dan huru hara yang tidak dapat dibayangkan oleh pemikiran manusia kecuali bagi mereka yang berada dalam suasana tersebut. Peristiwa ini seharusnya menjadi satu tazkirah penting untuk kita semua, bagaimana suasana Hari Qiamat dan Hari Mahsyar yang telah dijanjikan oleh Allah Taala. Di bawah ini dipaparkan beberapa keadaan yang amat menyayat hati selepas tsunami.



    Sekian catatan kami.


    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net