.

Ustaz Othman Di HKB

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:

  • Kota Bharu: Selasa, 23 Jun, Ustaz Othman Muhamad sekali lagi dimasukkan ke wad 29 Hospital Besar Kota Bharu (HKB) pagi ini setelah keluar daripada wad 2 intan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Jumaat, empat hari lepas.

    Beliau ditahan kerana disyaki mengidap penyakit batu karang atau appendix, sehingga sekarang, para doktor bertugas masih lagi tidak dapat mengesan secara tepat penyakit yang dideritai oleh beliau.

    Tidak ada ucapan yang lebih bermakna untuk kita lafazkan melainkan “cukuplah Allah sebagai penolong, dan tidak ada daya upaya kekuatan kecuali daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Agung”.

    Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud: “dan Kami uji kamu dengan suatu perasaan takut, lapar, kekurangan harta, kematian dan buah-buahan, dan gembiralah orang-orang yang bersabar.

    Orang-orang yang bila ditimpa musibah lantas mereka berkata; “kita milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali”.

    Mereka itu akan mendapat selawat (kasih dan sayang) rahmat daripada Robb mereka, dan mereka itu adalah orang yang mendapat petunjuk”.

    Demikianlah ayat-ayat al-Quran yang menjadi pengubat hati kita, menambah keimanan dan ketaqwaan diri kepada Allah Azza Wajalla. Marilah sama-sama kita mendoakan kebaikan dan keampunan serta ketetapan hati buat saudara kita yang dikasihi ustaz Othman Muhamad.

    Kita letakkan segala harapan untuk sembuh, kesabaran dan kekuatan iman kepada Allah yang telah berfirman di dalam surah at-Taubah ayat 51 yang bermaksud; “katakanlah, tidaklah kena sesuatu musibah kepada kami kecuali telah dituliskan oleh Allah kepada Kami, Dialah tuhan Kami, dan kepada Allah tawakkal orang-orang beriman”.

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net