.

Sekalung Tahniah

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in
  • Label:
  • Kota Bharu: Isnin, 22 Jun, bertempat di Hospital Kota Bharu Medical Center (KBMC) seorang bayi lelaki, anak kedua kepada saudara Firdaus TNB Machang telah selamat dilahirkan.

    Semestinya rasa gembira memenuhi ruang dada ibu yang membilang hari menanti saat waktu dan ketika sebuah kelahiran. Si ayah pula menarik nafas lega dan memuji Allah atas ketabahan si ibu mengandung dan melahirkan mujahid pewaris bakal pengganti solahuddin al-ayyubi ini.

    Anak lelaki seberat 2.8 kilogram ini menjengah dunia pada jam 2.00 petang melalui proses kelahiran biasa. Semoga kelahiran ini menjadi penyejuk mata bagi kedua ibu bapanya.

    Berikut adalah doa yang boleh dibaca kepada orang yang mendapat anak “Buurika laka fil mauhuub, wa syakartu lakumal waahib, wa rizqokuma birrihi insyaAllah”. Maksudnya: “Allah memberkati kamu atas kelahiran, dan bersyukurlah kalian berdua atas kedatangan, dan kalian berdua mendapat rezeki kebaikannya insyaAllah”.

    Unit Media ISMA Kelantan

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net