Sedutan Ucapan YDP ISMA Kota Bharu Sesi 2013/14

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • بسم الله الرّحمن الرّحيم
    الحمد لله ربّ العالمين, والصّلاة والسّلام على رسول الله, وعلى آله وصحبه أجمعين

    Segala puji bagi Allah, segala puji bagi Allah, segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W, sahabat-sahabatnya serta ahli keluarganya.

    Ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah sekelian,

    Moga perjalanan jamaah kita di Kota Bharu, di Kelantan,  berjalan dengan baik dan berkembang fikrah kita, dan kita yakin bahawa fikrah kita adalah fikrah yang terbaik, dan orang lain pun boleh juga mendakwa dengan mengatakan bahawa fikrah mereka adalah fikrah yang terbaik dengan syarat sumber kepada fikrah tersebut mestilah daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W

    Ana (saya) ingat lagi kata-kata IR Ahmad Solah apabila seorang ikhwah bertanya kepadanya adakah manhaj ini manhaj ikhwan Mesir atau manhaj ikhwan dauli (antarabangsa) beliau menjawab, bahawa manhaj ini adalah manhaj dari Allah S.W.T, bukan manhaj ikhwan tetapi manhaj Allah yang terkumpul dari Al-Quran, Sunnah dan sirah Nabi S.A.W

    Pada hari ini juga ana bacakan juga untuk ingatan kepada ikhwah dan akhawat semua apa yang telah disebutkan oleh saiyyidina Abu Bakar R.A. bukanlah ana yang terbaik dari kalangan ikhwah dan akhawat semua.

    Yang kedua ucapan Doktor Nasr Farid Waasil mantan mufti Mesir dahulu, ketika ditanya oleh seorang penyanya pada malam perlantikannya sebagai mufti Mesir, apabila anda dilantik, adakah ia merupakan satu tasyrif, takrim atau taklif, maka jawabnya, apabila anda dilantik maka ia adalah satu taklif, tasyrif adalah satu pengurniaan kepada diri anda, takrim satu kemuliaan kepada diri anda, manakala taklif pula adalah satu tanggungjawab bagi diri anda.

    Rentetan dari itu, ana bacakan sepuluh wasiat al-Imam Hasan Al-Banna sebagai renungan untuk diri ana dan juga ikhwah dan akhawat semua.

    Pertamanya, bersegeralah kamu sembahyang apabila kamu mendengar azan walau apa keadaan kamu sekalipun.

    Kedua, bacalah al-Quran ataupun teliti ataupun mendengar ataupun sebut nama Allah selalu, jangan biarkan satu juzu’ pun daripada masa hilang atau dibiarkan kepada perkara yang tidak berfaedah.

    Ketiga, berusahalah bercakap dalam bahasa arab fushah, bahasa arab kebangsaan, kerana ia adalah syiar Islam. Ini masalah yang dihadapi sekarang, orang yang tidak belajar bahasa arab bercakap lebih-lebih tentang Islam. Inilah puak-puak liberal yang cuba nak memahami Islam dengan akal.

    Keempat, jangan kamu berbalah, bertengkar dalam apa masalah sekalipun kerana pertengkaran tidak membawa kepada kebaikan.

    Kelima, jangan kamu banyak suka, kerana hati yang berhubung dengan Allah Taala tenang  dan bebas, hati ni tenang dan jernih, maknanya, kita tidak boleh banyak bersuka-suka yang tidak mendatangkan faedah.

    Keenam, jangan banyak bergurau, kerana umat yang bermujahadah tidak tahu melainkan bersungguh-sungguh.

    Ketujuh, jangan kamu angkat suara kamu lebih daripada apa yang diperlukan oleh orang yang mendengar, jangan angkat suara lebih tinggi atau lebih suara daripada yang diperlukan oleh dia (orang lain). Kerana ia satu yang menyakitkan. Perbuatan mengangkat suara itu tidak sopan dan menyakitkan orang.

    Kelapan, jauhi daripada mengumpat seseorang ataupun mengkritik badan-badan, organisasi-organisasi. Jangan kamu bercakap melainkan hanya kebaikan sahaja.

    Kesembilan, kenalilah ataupun berkenalanlah dengan orang yang kamu jumpa daripada sahabat-sahabat kamu kaum keluarga kamu walaupun ia tidak minta daripada kamu kerana asas dakwah ini ialah al-hubb, berkasih sayang dan juga berkenalan. Ini berlaku pada orang barat, orang barat ni dia open (terbuka) maknanya kalau dia berkenalan dia akan perkenalkan nama dia sama dengan orang cina kalau dia bertemu dengan kita dia bagi kad, ini adalah ajaran Islam.

    Kesepuluh, kewajipan berkerja, kerja sebenarnya lebih banyak daripada waktu, maka tolonglah, bantulah orang lain supaya dia boleh ambil faedah, ambil manfaat dengan waktunya ataupun dengan maksud tolong orang lain isikan waktunya dengan benda-benda yang berfaedah. Sekiranya kamu ada kerja yang penting maka cubalah ringkaskan kerja itu untuk mencapainya. Jadi ikhwah tolong ingat balik wasiat al-Imam Hasan Al-Banna ini.

    Seterusnya yang ketiga, sedikit polisi, apabila kita pegang jawatan, maka segala polisi yang kita ambil yang kita nak bawa apa-apa organisasi dalam masyarakat. Ana nak tekankan sikit bahagian dalaman, maknanya manhaj, maknanya penguasaan manhaj semua peringkat,kita kena cuba ilmam (tahu faham) semua apa yang terkandung dalam manhaj ini. Hal-hal yang perlu di daurahkan kita akan panggil ikhwah daripada pusat. Agar mereka boleh bagi daurah yang lebih baik lebih faham.

    YDP ISMA Kota Bharu
    Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz

    Disediakan Oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net