Penuhkan Aktiviti Kehidupan

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • Kota Bharu, 8 Feb:  Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, masa muda kamu sebelum datangnya tua, kena ambil kesempatan yang ada untuk dibaiki, cuba jaga solat jemaah, baca al-Quran, penuhkan aktiviti kehidupan dengan ibadah tegas ahli jawatankuasa ISMA cawangan Kota Bharu, ustaz Muhammad Ismail.


    Ulama’-ulama’ madinah dahulu ketika sampai umur mereka 40 tahun, mereka akan menyiapkan diri- diri mereka untuk bertemu Allah dengan menambah amal-amal soleh.
    Ustaz Muhammad juga memperingatkan ahli yang hadir agar menjaga kesihatan kamu sebelum datangnya sakit, kesihatan satu pemberian dari Allah katanya.
    Kita dapat menilai nikmat kesihatan itu bila kita sakit. Beberapa hari lepas seorang guru di sekolah saya, berumur 40an, sakit kencing manis yang terlalu teruk dan kanser di otak, selepas melakukan pembedahan, keluar sahaja dari wad terus meninggal dunia.


    Harta yang diberikan kepada kita kena guna untuk kebaikan, akan ditanya, dari mana ia datang dan kemana ianya digunakan ujarnya lagi.


    “Masa lapang kamu, adakah dibiarkan begitu sahaja, maka gunalah ianya ke arah perkara berfaedah”.


    Kamu hidup sebelum kamu mati, masa hidup inilah untuk kita memperbaiki amal, jangan jadi seperti golongan mujrimun (pendosa) yang minta kepada Allah untuk pulang kembali ke dunia buat melakukan amal soleh. Tidak mungkin Allah akan hantar balik manusia ke dunia.


    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net