.

Malaysia antara negara terkehadapan bantu Palestin

Posted on
  • by
  • IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA - Kelantan
  • in

  • KOTA BHARU, 3 Jan. – YDP ISMA Cawangan Kota Bharu, Ustaz Sharipudin Ab. Kadir berkata, Malaysia adalah antara negara yang terkehadapan di dalam mengetengahkan isu Palestin dan menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin.

    Bercakap dalam satu kuliah di Masjid Mukim Lundang di sini, beliau berkata kebanyakan rakyat Malaysia amat prihatin terhadap isu Palestin, samada badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan orang awam.

    “Pergilah ke ceruk mana pun di bumi Palestin, bila disebut nama Malaysia, semua rakyat Palestin mengenali nama negara Malaysia,” ujarnya.

    Ustaz Sharipudin turut memetik kata-kata Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyyeh bahawa Hamas kini semakin kuat dalam menghadapi tekanan Israel dan perkara ini memang diketahui oleh Israel.

    “Sebab itulah ketika perang baru-baru ini Israel ternanti-nanti senjata apakah yang digunakan oleh Hamas untuk menentang mereka,” katanya.

    Penerangan berkaitan isu Palestin itu berakhir dengan tayangan multimedia yang memaparkan lawatan Ustaz Sharipudin bersama Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman ke bumi Israk dan Mikraj pada tahun lepas.

    Disediakan oleh:
    Abu Hafizoh
    Wartawan Media ISMA

    0 Komentar Pembaca:

    Post a Comment

     
    Hak Cipta Terpelihara : Media ISMA Kelantan di bawah pengawasan ISMAWeb.net